Tuesday, September 3, 2013

Politik Sempit Pembangkang Sampai Ke Tahap Memalukan

KUALA LUMPUR 3 Sept – Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, sudah tentu Tema Hari Kemerdekaan ke 56 ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ haruslah didokong oleh semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.
Bekas Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata sudah menjadi sikap pembangkang yang akan cuba mempolitikkan apa sahaja perkara yang dibuat oleh kerajaan yang secara tidak langsung cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.
hishamuddin-rais-adam-adli-a-samad-said-merdeka-dataran-sang-saka-malaya
“Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku adalah suatu tema yang dipilih khas untuk semua rakyat, tidak mempunyai motif politik, ianya  ingin mengajak rakyat bersatu padu untuk bersama-sama mempertahankan negara, tema ini amat bertepatan selepas kejadian yang berlaku di Lahad Datu.
“Tema ini adalah untuk melahirkan rasa cinta kepada negara terutama di kalangan generasi muda yang ketika ini dilihat mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah tidak sihat yang sengaja dibangkitkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik peribadi masing-masing,” katanya.
Menurutnya, sepatutnya ketika ini semua pihak termasuk pembangkang harus bersama-sama dan seiring dengan kerajaan, bukannya sengaja menimbulkan sesuatu polimik, dan menjadikannya sebagai platform untuk mendapatkan sokongan politik.
“Kemerdekaan ini adalah hak semua rakyat, bukannya untuk mana-mana golongan atau pihak, ia bukan sahaj untuk diraikan malah semua pihak perlu mengimbau dan merenung nikmat kemerdekaan yang telah dilalui sejak 56 tahun lalu.
“Seharusnya kita ketepikan fahaman politik sektika untuk kita bersama-sama meraikan Hari Kemerdekaan, namun disebebkan pemikiran sempait pembangkang, apa sahaja yang boleh dipolitikkan, semuanya dipolitikkan dengan niat untuk menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan.,” katanya.
Malah, perbuatan biadap penyokong pembangkang yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini adalah bukti pemikiran mereka tidak dapat menerima apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment