Wednesday, September 11, 2013

PELIK BETUL LAHHHHH, IDEA SIAPALAH NIE NAK HERET MOTOR NIE...





 Nak di heret kemana tu Motor tu yop...Ke Balai Polis ke..
Teringat LB zaman bujang remaja dahulu.. Kena tahan dengan Polis Trafik pasal motor bunyi bising ekzosnya.. terpaksalah kena heret motor tu ke Balai Polis....Ini apa sudah jadi ni pasal 20 sen pon nak heret motor.. Kalau motor kapcai (LB ambil contoh motor kapcai kerana yang akan ikut serta dalam protes heret nie kebanyakannya motor kapcai, Kalau motor besar seperti Harley atau motor berkuasa kudanya tinggi berapa jauhlah dapat  tuan punya motor besar tu boleh heret...hahaha)  berapalah sangat minyaknya sebulan.. Sebagai contoh nya.

Sebelum Minyak naik 3 liter sehari = RM 5.70 x 30 = RM170 sebulan
Selepas Minyak naik 3 liter sehari =  RM 6.30 x 30 = RM 189 sebulan
Perbezaan nya RM 19.00 sebulan.
Kalau di bahagikan dengan 30 hari = RM 19.00 / 30 = 63sen sehari
Baru naik 63 sen sehari untuk minyak motor sebulan pon kita dah bising.
Beli rokok sehari 2 atau 3 kotak boleh pulakkan..
Pelikkan.. 

P/S :Lepas nie kita tolak kereta dan lori pulak lah...pasal minyak naik.. hahahahah..

No comments:

Post a Comment