Isu Kalimah
Allah terhenti seketika. Mahkamah Rayuan telah menangguhkan ke satu
tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi
kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.
Pada 8 Julai,
Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan
rayuan kerajaan. Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan
permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN
dan kerajaan sebagai responden. Antara lain mereka memohon deklarasi
bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The
Herald adalah tidak sah.
Tiba-tiba
beberapa kepingan gambar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama paderi
yang membawa kes ini ke mahkamah tersebar meluas. Adakah Allah ingin
menunjukkan sesuatu atau secara kebetulan? Pembaca menilai sendiri sikap
pemimpin Pakatan Rakyat menjadi talam dua muka ini. Pastinya, PAS
membisu seribu bahasa!...Tidak berani bersuara demi kuasa dan jawatan
dunia yang sementara..
No comments:
Post a Comment