Sekadar meminta pandangan anda semua -
Berdasarkan kepada pola pemilihan
pengundi semasa PRU13 dan mengikut pemerhatian anda akan perkembangan
politik semasa, DAN sekiranya Datuk Seri Najib kekal sebagai PM dan
meneruskan cara pemerintahannya .....
Apakah Umno BN mampu mengekalkan kemenangan PRU14 ?
Saya tanyakan persoalan ini kerana ramai
yang memandang serong kepada bloggers yang kritikal terhadap Najib,
seolah mereka ini menentang Umno, mahu memecahbelahkan orang Melayu bla
bla bla ....
Para pemandang serong ini tidak faham
atau sengaja buat-buat tak nampak yang niat para pengkritik ini adalah
sebaliknya, yakni mengkritik kerana mereka sayangkan Umno, mahu melihat
Umno BN menang PRU14 dan mahu memastikan survival dan maruah bangsa
Melayu terpelihara.
Para pemandang serong ini mahu orang
Melayu jangan kritik Najib, BUTA saja ikut dan percaya bahawa cara Najib
itu betul, bahawa perubahan dalam sosio budaya masyarakat ketika ini
memerlukan cara baru sepertimana yang dibawa oleh Najib dan cara itulah
yang diperlukan oleh orang Melayu sekarang jika mahu terus maju kedepan.
Demi agama, bangsa dan tanahair,
salahkah kita kritik pemimpin jika pada pandangan kita, pemimpin itu
tidak akan mampu menjaga kepentingan ketiga2 faktor diatas jika beliau
terus dengan caranya sekarang, tidak mahu berubah ?
Atas dasar dan alasan yang sama,
salahkah kalau kita minta pemimpin itu berundur jika beliau tetap juga
berdegil dengan caranya ?
Apa pandangan anda ?
PS - Saya amat mengharapkan respon dari
anda. Anggaplah seperti anda sedang menyampaikan mesej kepada Najib
sendiri. Dek sebab line internet yang lembab dimana saya berada sehari
dua ini, mungkin saya lambat sedikit nak luluskan komen anda.
Seperti biasa, saya tidak akan luluskan komen yang mengandungi maki hamun atau yang lari topik.
-SUMBER
No comments:
Post a Comment