Seperti semua sedia makluam Chin Peng telah pun menghembuskan nafas
terakhirnya di sebuah hospital di Bangkok pagi tadi.Serentak dengan itu
laman-laman sosial sedikit kecoh dengan bermacam pandangan dari pelbagai
pihak.
Namun segalanya terjawab apabila kenyataan daripada pihak kerajaan
sendiri yang sudah pun mengesahkan mayat Chin Peng waima abunya
sekalipun tidak akan di benarkan di bawa kembali ke bumi Malaysia.Baca
juga di SINI.
Malah kenyataan terbaru daripada YAB Datuk Seri Najib juga jelas tidak
akan sesekali berlaku usaha untuk mengembalikan mayat Chin Peng ke
Malaysia khususnya bagi menghormati balu-balu dan para anggota polis dan
tentera yang telah terkorban akibat daripada gerakan yang di sokong
oleh Chin Peng sewaktu komunis bermaharajalela satu ketika dulu.
Namun di sebalik semua itu masih terdapat mereka-mereka yang MMI
kategorikan sebagai DUNGU kerana bukan sahaja menunjukkan sokongan
kepada perjuangan komunis tetapi turut menggadaikan maruah diri
semata-mata kerana taksub dengan perjuangan dan gerakan SONGSANG yang di
pilih.
Apakah mereka-mereka ini sedar dengan apa yang di tulis ? MMI sendiri
kurang pasti namun melihat kepada kesungguhannya jelas mereka-mereka ini
adalah sebahagian daripada anak bangsa yang makin rosak mindanya.
Jika UMNO di tuduh sebagai macai kerana pertahankan negara dari ancaman
komunis seperti Chin Peng agaknya mungkin Komrad Haizal setuju dengan
pemimpin dalam gambar di bawah..
Ada sapa-sapa setuju ?
MMI
No comments:
Post a Comment