KEJI!!! MEMALUKAN!!!
Fitnah yang amat
buruk dan kotor!! Politik itu kotor!! Manusia yang mengotorkan politik!!
Jom la kita semua buat report ramai-ramai semoga SI BONGOK THAP CIPAN
ini ditangkap serta didakwa didunia dan akhirat kerana menfitnah!!!
Fitnah merupakan
dosa besar, lebih besar dari dosa membunuh. Tapi zaman kini fitnah
begitu berleluasa sehingga menjadi amalan harian, dipermudahkan lagi
dengan wujudnya media elektronik dan cetak yang canggih. Manusia tidak
lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah mereka menyangka
bahawa fitnah itu perlu disebarkan dengan segera kerana itu merupakan
`latest news’ yang semua orang patut tahu. Begitu mudah fitnah
disebarkan tanpa usul periksa atau menyelidiki sumber berita tersebut,
adakah ia suatu berita yang sohih (benar) atau sebaliknya.
Mengapa memfitnah
dikatakan berdosa besar, lebih kejam dari membunuh? Sebenarnya fitnah
merupakan pembunuhan ke atas karakter atau jiwa seseorang. Orang yang
kena fitnah biasanya akan merasa terluka, menjadi rendah diri, kecewa
dan hidup dalam kemurungan. Walaupun jasadnya hidup, tapi jiwanya mati
kerana sakitnya terkena panahan fitnah.
Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:
“Dan
bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana
mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada
pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali
jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu,
maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”
Fitnah boleh
memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia,
menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan
sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.
Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16
“Ingatlah
ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu
katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu
menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.”
(15)
“Dan
mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi
kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang
besar.” (16)
Allah telah memberi
peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam
Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”
Berbalik kepada isu utama di atas, apakah hukuman yang setimpal buat Ridhwan Shafawi???
No comments:
Post a Comment