Pada 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh
penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH
digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang
untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang
membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan
mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam
rayuan untuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk
membatalkan keputusan makamah.
Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH
di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat
Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang
telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk
menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar
bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda
Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.
Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000
%. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari
pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah
sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa
apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan
kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga
diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.
Sudah hilang sayangkah kita pada ALLAH
sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak
milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk
anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi
kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana
kerosakan Islam telah berlaku.
Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi
sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang
lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan
mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk
mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita.
Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti
dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus
mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA.
No comments:
Post a Comment