Saturday, September 14, 2013

JAWATAN KETUA PEMUDA HAK MILIK KEKAL KJ ?

Menjelang pemilihan UMNO yang akan datang, ramailah yang bercita cita mahu bertanding. Tetapi malangnya kerusi Ketua Pemuda UMNO sehingga kini masih belum dicabar oleh sesiapa. Jika sebelum ini Mukris dan Dr Khir Toyo berentap dengan Khairy, tetapi untuk tahun ini tiada sesiapa lagi.
Begitu juga dengan jawatan Ketua Wanita. Azalina sudahpun menarik diri untuk bertanding atas alasan tidak mahu memecahbelahkan parti. Tambahan pula Shahrizat Jalil mendapat sokongan padu dari para Wanita UMNO membuatkan laluan Azalina menjadi sukar.
Walaubagaimanapun aku amat alu alukan jawatan Pemuda UMNO dicabar. Bukanlah aku mahu melihat Khairy tersungkur apatahlagi melihat Pemuda UMNO berpecahbelah. Sebaliknya aku mahu melihat demokrasi terus subur di dalam UMNO. Aku mahu Khairy tidak merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Sekurang kurangnya nak dia insaf bahawa perjuangan UMNO masih belum selesai. Perjalanan UMNO masih panjang. Sekarang bukan waktu yang selesa untuk pemimpin UMNO duduk diam berpeluk tubuh.


No comments:

Post a Comment