Saturday, September 28, 2013

UMNO Kedah mohon pertimbang calon jumpa perwakilan sendiri - Mukhriz

UMNO Kedah mohon pertimbang calon jumpa perwakilan sendiri - Mukhriz
JERLUN:  Umno Kedah memohon supaya dipertimbangkan agar calon pada pemilihan parti Oktober ini diberi peluang berjumpa sendiri dengan para perwakilan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pihaknya ada menerima rungutan serta aduan mengenai tata etika yang agak mengongkong dan menyekat calon untuk memperkenalkan diri masing-masing secara bersendirian.

"Saya faham ia (syarat) dibuat bagi memastikan tiada perkara boleh mudaratkan parti... untuk elak amalan tidak beretika, tapi dalam waktu sama saya rasa penting untuk setiap calon diberi peluang jumpa perwakilan dan perkenal diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata tidak semua calon mendapat nikmat atau faedah daripada liputan media yang meluas dan banyak di kalangan mereka yang masih belum dikenali perwakilan.

"Calon-calon baru ini tampil ke hadapan kerana ada sesuatu nak sumbang kepada parti, mereka juga ada kelebihan tertentu. Saya bimbang dengan peraturan yang dikeluarkan baru-baru ini, kadang-kadang ada kekangan di peringkat perhubungan negeri untuk atur begitu banyak program atau majlis perjumpaan calon dengan perwakilan," katanya.

Perkara itu dibangkitkan apabila calon tidak dibenarkan berkempen bersendirian dan hanya dibenarkan berkempen dan memperkenalkan diri melalui program dianjurkan Ibu Pejabat Umno melalui kerjasama Badan Perhubungan Umno Negeri sahaja.

Mukhriz berkata calon perlu dibenarkan membuat perjumpaan sendiri dengan para perwakilan tetapi wajib memaklumkan kepada pihak perhubungan negeri bagi membolehkan wakil dihantar untuk memantau perjumpaan itu.

Beliau berkata pemantauan akan dibuat bagi memastikan tidak berlaku perkara yang melanggar etika, di samping memberi ruang dan peluang untuk calon berjumpa perwakilan tanpa rasa bimbang diambil tindakan disiplin atau digugurkan kelayakan bertanding.

Katanya perkara itu sangat penting untuk dipertimbangkan memandangkan banyak aduan serta rungutan diterima bukan sahaja daripada calon, malah di kalangan perwakilan sendiri.

"Banyak juga calon yang (perwakilan) belum jumpa dan mereka nak tahu sebenarnya apa bakat dan ketokohan yang ada di kalangan mereka yang menawarkan diri di semua peringkat. Saya harap pihak urusetia dan pengurusan parti dapat pertimbangkan permohonan daripada Umno Kedah ini," katanya.

Sementara itu, katanya pemilihan parti kali ini sangat kritikal kerana belum tahu akan ada pemilihan lagi atau tidak sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

"Kita bayangkan PRU-14 makin getir, lebih payah untuk kita hadapi berbanding PRU-13 dan atas sebab itu pemilihan ini sangat penting, kita tak boleh nak suka-suka pilih pemimpin. Biarlah orang yang disenangi rakyat dan boleh menyumbang kepada kemenangan parti (yang dipilih)," katanya.

Hishammuddin Dijangka Terima Sokongan Padu Umno Bahagian Di Johor






JOHOR BAHARU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menerima sokongan padu daripada bahagian Umno di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti tidak lama lagi.
Beberapa Ketua Umno Bahagian secara terbuka berkata mereka akan mengikuti langkah Badan Perhubungan Umno Johor yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Hishammuddin pada mesyuaratnya baru-baru ini.
"Sebagai anak Johor, kita akan memberi sokongan padu kepada Hishammuddin sebagai calon Naib Presiden dan memastikan Johor terus kekal sebagai kubu kuat dan tunjang kepada Umno," kata Ketua Umno Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang kepada Bernama, Isnin.
Beliau berkata bahagian itu ingin melihat Hishammuddin, yang merupakan anak Johor dan Ketua Umno Bahagian Semberong, mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden parti berkenaan.
Mengulas dua calon Naib Presiden lain, Maulizan berkata mereka akan memilih pemimpin yang memiliki latar belakang perkhidmatan serta perjuangan cemerlang.
Calon Naib Presiden lain ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohamad Isa Samad serta bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua Umno Bahagian Gelang Patah Datuk Abdul Aziz Sapian pula berkata kemenangan Hishammuddin akan memantapkan lagi Umno Johor.
Bagi Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pergerakan itu akan menyokong calon yang cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka.
"Saya tidak nampak mengapa Wanita Umno Johor perlu menolak Datuk Hishammuddin, beliau telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang dan harus disokong," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata keputusan menyokong Hishammuddin dan calon anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dari Johor adalah sesuatu yang biasa.
Beliau berkata bagaimanapun, Hishammuddin dan calon MT berkenaan perlu memperoleh sokongan negeri lain jika ingin menang dalam persaingan merebut jawatan terbabit. - BERNAMA

Friday, September 27, 2013

Chin Peng petualang dan pengkhianat negara, titah Sultan Selangor

Chin Peng petualang dan pengkhianat negara, titah Sultan Selangor


SEMPORNA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang dan pengkhianat negara.

Titah baginda perjuangan Chin Peng adalah untuk menjadikan tanah air sebagai sebuah negara komunis.

Sultan Selangor bertitah, ramai yang terkorban semasa perjuangan mempertahankan kedaulatan negara daripada menjadi negara komunis, sekali gus untuk menghalang tujuan terbabit.

"Bukan sahaja itu, banyak nyawa anggota tentera dan polis termasuk orang awam turut terkorban disebabkan perbuatan Chin Peng dan pengganas komunis.

"Beta mengingatkan kepada mereka yang cuba menjadi petualang dan menggadai negara kita kepada pihak luar supaya berwaspada serta menginsafi diri mereka supaya tidak melakukan perkara yang durjana ini," titah baginda semasa berucap pada majlis Lawatan Operasi ke KD Sri Semporna di sini.

Chin Peng, 89, dilaporkan mati di sebuah hospital di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lalu akibat sakit tua. Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Baginda berharap rakyat negara ini mempelajari dan memahami sejarah negara dengan sebaiknya serta jangan menggadai maruah bangsa dan negara hanya kerana ingin mendapat sokongan dan populariti.

"Beta percaya rakyat Malaysia tidak lupa sejarah hitam semasa darurat dahulu," titah Sultan Selangor.

Sementara itu, baginda bertitah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah satu cabang angkatan tentera yang penting dalam mempertahankan kedaulatan negara di negeri ini yang kawasan perairannya luas.

Baginda bertitah, TLDM sudah menjalankan tugas mereka dengan penuh semangat dan dedikasi bagi memastikan perairan negara tidak dicerobohi musuh-musuh negara dan pendatang haram.

"Syabas dan tahniah kepada anggota TLDM kerana berjaya menghadapi cabaran-cabaran yang sengit sepanjang Op Daulat yang dilancarkan berikutan pencerobohan pengganas (di Lahad Datu) yang lalu.

"Justeru itu, dalam mempertahankan kedaulatan negara ini, beta berharap semua pasukan yang terbabit sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya berkerjasama dan sentiasa berkomunikasi untuk tindakan yang lebih berkesan".

Baginda bertitah kerjasama ini penting supaya segala pergerakan dan hala tuju berjalan lancar serta meraih kejayaan cemerlang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Berita mula diterbitkan pada: September 26, 2013 22:33 (MYT)

Hangat !!!!! Hangat !!!!! Surat terbuka buat Dato’ Najib






Surat terbuka buat Dato’ Najib daripada Siti Hajar Aladin
Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri..
Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak.
Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?
Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?
Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.
Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000).
Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?
Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000.
Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40
Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717.
Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini?
Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.
Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya.
Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar.
Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Thursday, September 26, 2013

FITNAH Terlampau Cai PR Kematian Ustaz Azizan!!! BONGOK!!



KEJI!!! MEMALUKAN!!!

Fitnah yang amat buruk dan kotor!! Politik itu kotor!! Manusia yang mengotorkan politik!! Jom la kita semua buat report ramai-ramai semoga SI BONGOK THAP CIPAN ini ditangkap serta didakwa didunia dan akhirat kerana menfitnah!!!


Fitnah merupakan dosa besar, lebih besar dari dosa membunuh. Tapi zaman kini fitnah begitu berleluasa sehingga menjadi amalan harian, dipermudahkan lagi dengan wujudnya media elektronik dan cetak yang canggih. Manusia tidak lagi memandang bahawa fitnah itu suatu dosa malah mereka menyangka bahawa fitnah itu perlu disebarkan dengan segera kerana itu merupakan `latest news’ yang semua orang patut tahu. Begitu mudah fitnah disebarkan tanpa usul periksa atau menyelidiki sumber berita tersebut, adakah ia suatu berita yang sohih (benar) atau sebaliknya.

Mengapa memfitnah dikatakan berdosa besar, lebih kejam dari membunuh? Sebenarnya fitnah merupakan pembunuhan ke atas karakter atau jiwa seseorang. Orang yang kena fitnah biasanya akan merasa terluka, menjadi rendah diri, kecewa dan hidup dalam kemurungan. Walaupun jasadnya hidup, tapi jiwanya mati kerana sakitnya terkena panahan fitnah.

Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Fitnah boleh memecahkan perpaduan ummah, memutuskan silaturrahim sesama manusia, menyebabkan manusia kehilangan tempat tinggal, harga diri, harta dan sebagainya. Fitnah merupakan kebohongan yang menghancurkan.

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :
“Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang beriman,…”

Berbalik kepada isu utama di atas, apakah hukuman yang setimpal buat Ridhwan Shafawi???
 

Wajib baca:Benarkah begini rintihan hati Hishamuddin Hussein..?

Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein seakan tertekan dan terpaksa menerangkan panjang lebar kenapa beliau kelihatan lembek dan tidak tegas dalam menghadapi masaalah semasa dia menerajui KDN... dia berada dalam KDN semasa nak menghadapi PRU13 dan banyak tindakan perlu menjurus kepada ambil hati walau pun akhirnya sah tertipu oleh cina! semua keputusan nya dari kabinet sama seperti arahan yang di terima oleh DS Zahid Hamidi sekarang... dia sedar kata nya dia akan menjadi mangsa keadaan dan sememang nya kesetiaan nya kepada parti tidak boleh di pertikai kerana UMNO ini datang nya dari 'airtangan' keluarga nya turun temurun sejak dari era Dato Onn jaafar lagi! dia juga katanya menyedari bahawa pegawainya amat leka tidak membuat penjelasan kepada rakyat apabila rakyat termasuk pembankang menghentam dan membuat pesepsi nagatif terhadap dia!
Dia cuba bangkit walau pun sudah agak terlewat! kegagalan membetulkan pesepsi rakyat ni bukan satu kerja yang mudah seperti mana kita nak perbetulkan pesepsi rakyat terhadap cincin DSRosmah, scorpean tak boleh menyelam, kes Atlantuya dll... akhirnya rakyat telah ada pilihan dalam kepala masing2, rakyat sememang nak buat perubahan kali ini! transformasi pasti terjadi dan seandai mereka kalah ... muhasabah lah diri, andai menang juga jangan lupa diri, kerana hukuman pasti datang jika anda gagal.......... wallahuaklam


Di atas adalah petikan yang Jebat ambil daripada laman Facebook seorang rakan daripada Pahang, 

Khabarnya cerita di atas diceritakan oleh seorang yang sangat rapat dengan Dato Seri Hishamuddin. 

Entahlah..sama-samalah kita nilaikan dan sama-sama kita buat pertimbangan.

Kesian pula pada Dato Seri Hisham jika kisah di atas adalah benar.

Friday, September 20, 2013

BILA PULAK MALAYSIA BERHUTANG DENGAN BAPAK KOMUNIS NI... KEPALA BAPAK KAU CINABENG !


AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.

Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.

“Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.

Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.

“Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang," katanya.

Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.

“Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya," jelasnya.

SELARIKAN SEJARAH ORANG CINA MALAYSIA

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 15 September 2013 pula melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Phang Sin Cai berkenaan cadangan selarikan sejarah orang Cina di Malaysia.

Baru-baru ini saya berpeluang membaca beberapa keluaran majalah pertubuhan Cina yang meraikan usia 100 tahun penubuhan serta naskhah tarikh peringatan hartawan dan pejuang (peneroka) kawasan. Tiba masanya untuk mengumpulkan maklumat dalam majalah serta butiran pejuang setempat supaya dapat dikekalkan dalam ingatan anak cucu.

Pada 31 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, berlangsung perjumpaan kali keempat persatuan KuTien, iaitu perjumpaan persatuan persaudaraan KuThien antarabangsa yang diadakan di Setiawan, Perak. Tajuk pembukaannya juga menyambut usia 100 tahun persatuan.

Saya diberi senaskhah majalah berjudul Pejuang Daerah Setiawan, ia mengimbas kembali ingatan zaman lampau. Pengeluaran majalah pejuang daerah ini mampu mengumpulkan maklumat yang tersorok.

Penghijrahan kaum Cina ke Malaysia, sejarah Cheng Ho turun ke Nanyang (Laut Cina Selatan) sahaja usianya telah menjangkau 600 tahun. Bukit Cina di Melaka adalah bukti yang kukuh, kawasan perkuburan ini setiap tahun dikunjungi jutaan pelancong dari China. Malangnya, Bukit Cina tidak dihias indah, duit daripada industri pelancongan ‘berselerak’ seperti tanah perkuburan.

Kesan peninggalan nenek moyang kita berselerak di kota-kota besar, pekan-pekan dan daerah-daerah seluruh negara. Mereka menggunakan kudrat satu persatu mencangkul tanah membuka hutan-hutan. Selepas beberapa generasi barulah menjadi wajah-wajah pekan-pekan dan kota.

Pepatah zaman dahulu mengatakan, ‘tiada orang Tang, tiada Po’. Orang Tang itu bermaksud orang Cina, Po itu bermaksud Bandar, contohnya Jilongpo (Bandar Kuala Lumpur) dan Xingjiapo (Bandar Singapura).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 mengakui, “jika tolak semua bangunan dan pembangunan orang Cina, pastinya di Malaysia tiada bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil dan juga hari ini tiada pusat perniagaan dan pusat industri, tiada wang untuk orang Melayu dapatkan gaji dan elaun serta mendapat bantuan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur."

Hari ini, peninggalan nenek moyang itu telah dianggap milik negara asing, sebaliknya mereka melancong ke luar mahu melihat peninggalan dan pemandangan nenek moyang di luar sana. Ada sesetengah bahasa daerah keturunan mereka telah bertukar nada, ramai dari daerah itu sudah tidak tahu menggunakan bahasa daerahnya, ia telah hilang fungsi asal dan tujuan sebenar.

Penulisan sejarah daerah dan tempatan serta pengekalan bahan-bahan sejarah orang Cina bukan sahaja dapat menyedarkan tetapi dihayati oleh muda-mudi Cina. Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sekolah-sekolah Cina untuk dijadikan panduan masa hadapan. Mereka boleh mempelajari semangat perjuangan orang terdahulu, bersemangat gigih mengharungi kepahitan dan kesusahan.

Sejarah mampu mengeratkan dan mengiktiraf perhubungan dan budaya di antara daerah yang mampu membawa kepada kemajuan masyarakat dalam konteks perpaduan kerana mereka mempunyai hala tuju, semangat dan sejarah yang sama; membantu semangat kekitaan di negara ini; lancarkan semangat cintakan tanah air dan menyayangi orang ramai.

Ia perlu dimulakan dengan penerapan nilai dan zahirkan semangat sayangkan orang ramai, sama seperti orang-orang yang memperjuangkan pendidikan sekolah Cina. Mereka boleh saling berinteraksi selain boleh bekerjasama. Semangat penerokaan orang terdahulu, bukankah ia boleh meninggalkan nama? Inilah yang sepatutnya pertubuhan Cina tidak memandang ringan dan lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

RASIS BANTU EKONOMI BUMIPUTERA?

AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2013 memaparkan pandangan rasmi akhbar tersebut berkaitan polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera di dalam ruangan Sudut Pendapat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan meluluskan lima polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera, juga dikatakan membalas budi mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) lepas. Lima polisi ini amat luas, menggunakan dana berbilion ringgit termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan, peluang-peluang inovasi serta kuasa pemilikan harta dan saham.

Pada 7 September lalu, kerajaan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera telah umumkan beberapa polisi baharu perkukuhkan ekonomi bumiputera, dengan jelas ada kaitannya dengan meraih penyokong dan perkukuhkan kedudukan dalam parti. Dalam cuba raih kedudukan dan sokongan, pada masa sama pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua orang dan ini boleh menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

Kami pasti dan percaya, perancangan pembangunan ekonomi negara pada hakikatnya mampu dan boleh tingkatkan ekonomi bumiputera, kecilkan jurang perbezaan miskin dan kaya, beri kestabilan dan keamanan serta perpaduan dalam masyarakat.

Selama ini kerajaan memberi keutamaan kepada bumiputera, sudah nampak kesannya, pendapatan kasar keluarga bumiputera daripada RM172 sebulan pada 1970 kini meningkat kepada RM4,457 sebulan, 64.8 peratus keluarga miskin pada 1970 kini turun mendadak sekitar 2.2 peratus sahaja. Tetapi, kerajaan tidak lepaskan lagi memimpin tangan bumiputera supaya mereka lebih gigih, mampu bersaing dan berdikari. Sebaliknya, semakin menambah polisi imbuhan serta subsidi dan ini jelas membelakangi konsep globalisasi dan keterbukaan.

Pada 3 April 2009, semasa Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau lancarkan slogan "1Malaysia", seterusnya “Model Baharu Ekonomi" sebagai pengganti kepada DEB. Najib berkali-kali beri jaminan akan menjadi pemimpin yang tidak mengira warna kulit, perbezaan agama dan konsep politik, mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat.

Jika benar, sepatutnya mansuhkan polisi ‘tongkat’ dan ambil kira untuk semua rakyat, bukan hanya utamakan ekonomi satu kaum. Kumpulan kaum bumiputera yang lemah sama seperti kumpulan orang Cina serta India yang lemah dan miskin, sepatutnya kerajaan hulurkan tangan membantu kumpulan-kumpulan ini juga.

Kerajaan memberi pakej subsidi kepada bumiputera dikatakan sebagai membalas budi pengundi, ini bukan polisi untuk seluruh rakyat. Jika mahu timbulkan isu balas jasa, cuba lihat PRU 1995, 1999 dan 2004, BN mendapat sokongan padu masyarakat Cina dan dapat terus kekal memerintah, terutama sekali pada 1999 semasa kemelesetan ekonomi dan kes Anwar Ibrahim yang mampu menjejaskan PRU. Pada masa itu, BN dapat sokongan penuh pengundi Cina, adakah orang Cina mendapat dan terima balasan daripada kerajaan?

Keputusan PRU sebenarnya memberi implikasi dan maklumat bahawa rakyat telah menolak politik rasis. Sebaliknya, kerajaan melayan rakyat dengan menjeling mata sahaja, pimpin ke jalan melawan arus, menyebabkan rakyat rasa begitu hampa.

Tuesday, September 17, 2013

Allahyarham Chin Peng ?? Masih Ada Yang DUNGU !!


Seperti semua sedia makluam Chin Peng telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Bangkok pagi tadi.Serentak dengan itu laman-laman sosial sedikit kecoh dengan bermacam pandangan dari pelbagai pihak.

Namun segalanya terjawab apabila kenyataan daripada pihak kerajaan sendiri yang sudah pun mengesahkan mayat Chin Peng waima abunya sekalipun tidak akan di benarkan di bawa kembali ke bumi Malaysia.Baca juga di SINI.

Malah kenyataan terbaru daripada YAB Datuk Seri Najib juga jelas tidak akan sesekali berlaku usaha untuk mengembalikan mayat Chin Peng ke Malaysia khususnya bagi menghormati balu-balu dan para anggota polis dan tentera yang telah terkorban akibat daripada gerakan yang di sokong oleh Chin Peng sewaktu komunis bermaharajalela satu ketika dulu.

Namun di sebalik semua itu masih terdapat mereka-mereka yang MMI kategorikan sebagai DUNGU kerana bukan sahaja menunjukkan sokongan kepada perjuangan komunis tetapi turut menggadaikan maruah diri semata-mata kerana taksub dengan perjuangan dan gerakan SONGSANG yang di pilih.


Apakah mereka-mereka ini sedar dengan apa yang di tulis ? MMI sendiri kurang pasti namun melihat kepada kesungguhannya jelas mereka-mereka ini adalah sebahagian daripada anak bangsa yang makin rosak mindanya.

Jika UMNO di tuduh sebagai macai kerana pertahankan negara dari ancaman komunis seperti Chin Peng agaknya mungkin Komrad Haizal setuju dengan pemimpin dalam gambar di bawah..


Ada sapa-sapa setuju ?

MMI

Saturday, September 14, 2013

JAWATAN KETUA PEMUDA HAK MILIK KEKAL KJ ?

Menjelang pemilihan UMNO yang akan datang, ramailah yang bercita cita mahu bertanding. Tetapi malangnya kerusi Ketua Pemuda UMNO sehingga kini masih belum dicabar oleh sesiapa. Jika sebelum ini Mukris dan Dr Khir Toyo berentap dengan Khairy, tetapi untuk tahun ini tiada sesiapa lagi.
Begitu juga dengan jawatan Ketua Wanita. Azalina sudahpun menarik diri untuk bertanding atas alasan tidak mahu memecahbelahkan parti. Tambahan pula Shahrizat Jalil mendapat sokongan padu dari para Wanita UMNO membuatkan laluan Azalina menjadi sukar.
Walaubagaimanapun aku amat alu alukan jawatan Pemuda UMNO dicabar. Bukanlah aku mahu melihat Khairy tersungkur apatahlagi melihat Pemuda UMNO berpecahbelah. Sebaliknya aku mahu melihat demokrasi terus subur di dalam UMNO. Aku mahu Khairy tidak merasa terlalu selesa dengan kedudukan sekarang. Sekurang kurangnya nak dia insaf bahawa perjuangan UMNO masih belum selesai. Perjalanan UMNO masih panjang. Sekarang bukan waktu yang selesa untuk pemimpin UMNO duduk diam berpeluk tubuh.


DAH HILANG PEDOMAN ATAU GILA ANUAR NIE.... USTAZ HARON DIN MENENTANG DIA PULA MENYOKONG....


Pada 9 pagi, 10/9/13 adalah tarikh penting kepada umat Islam Malaysia yang menentang kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam. Makamah Rayuan, Putrajya akan bersidang untuk mendengar rayuan kerajaan atas keputusan makamah sebelum ini yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ALLAH di dalam siaran tulisan mereka. Sebelum ini Persatuan Kristian Malaysia telah gagal dalam rayuan untuk menghalang Kerajaan untuk meneruskan rayuan untuk membatalkan keputusan makamah.
Persatuan Kristian Malaysia berkeras untuk menggunakan kalimah ALLAH di dalam bible tulisan Melayu walaupun mendapat bantahan daripada umat Islam. Mereka menang dalam pemohonan pertama mereka di makamah yang telah dibantah oleh kerajaan. Mereka terus memperjuangkan untuk menggunakan kalimah ALLAH dengan berbagai alasan walaupun mereka sedar bahawa ALLAH milik Islam dan jika mereka menang bencana mungkin melanda Malaysia. Adakah bencana ini yang mereka harapkan??

Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.


 


 Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Ustaz Fauzi Asmuni.



Ulasan isu kalimah ALLAH oleh Anwar Ibrahim memang aku tak sokong 1000 %. Kalimah ALLAH melangkaui ideologi politik bukan untuk mencari pengaruh tetapi menjaga tauhid anak cucu cicit kita ketika kita sudah sudah tiada di alam dunia ini. Dalam video ini bukan Islam boleh ketawa apabila Anwar Ibrahim merendahkan muslim yang menentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Islam. Jangan pulak anak cucu cicit kita juga diketawakan kelak kerana kebodohan datuk nenek mereka … kita lah tu.



Sudah hilang sayangkah kita pada ALLAH sehingga tak sanggup nak berjuang mempertahankan kalimah ALLAH hak milik tunggal Islam demi cinta pada agama demi kelansungan Islam untuk anak cucu cicit dan keturunan hingga hari kiamat. Sekali kita memberi kalimah ALLAH pasti tidak akan ada pusingan semula sekira bencana kerosakan Islam telah berlaku.

Kita super sensitif apabila hak subsidi kita ditarik oleh kerajaan tapi sunyi sepi kelu lidah ibarat tiada apa yang berlaku apabila ada orang lain hendak menggunakan kalimah ALLAH sebagai sebutan untuk tuhan mereka. Bila kita sudah tidak ada semangat perjuangan untuk mempertahankan ALLAH jangan haraplah ALLAH akan menoleh kepada kita. Kecitaan kita kepada ALLAH bukan hanya sebutan tetapi mesti diikuti dengan amal soleh yang ikhlas hanya kerana-NYA. Semuga kita terus mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan dibawah peliharaan-NYA. 


Friday, September 13, 2013

INI BUKAN GAMBAR ANWAR DAN GUAN ENG KEEE !!!!! APA KORANG BUAT KAT SITUUUU.....???????

Isu Kalimah Allah terhenti seketika. Mahkamah Rayuan telah  menangguhkan ke satu tarikh lain keputusan rayuan kerajaan terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly. 

Pada 8 Julai, Gereja katolik itu, kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan rayuan kerajaan. Gereja Katolik diketuai Biskop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden. Antara lain mereka memohon deklarasi bahawa keputusan KDN melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald adalah tidak sah.

Tiba-tiba beberapa kepingan gambar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersama paderi yang membawa kes ini ke mahkamah tersebar meluas. Adakah Allah ingin menunjukkan sesuatu atau secara kebetulan? Pembaca menilai sendiri sikap pemimpin Pakatan Rakyat menjadi talam dua muka ini. Pastinya, PAS membisu seribu bahasa!...Tidak berani bersuara demi kuasa dan jawatan dunia yang sementara..

Baca Selanjutnya: - SUMBER

HINA KALIMAH ALLAH !!!!! KURANG AJAR BETUL KAU ZUNAR....




Inilah akibatnya bila tak tahu nak bezakan antara politik dengan agama. Sampai sanggup menjadikan kalimah Allah sebagai bahan sindiran serta sanggup melakar KALIMAH ALLAH ini seolah-olah hak milik kerajaan..



Lagi  - SUMBER

Wednesday, September 11, 2013

PELIK BETUL LAHHHHH, IDEA SIAPALAH NIE NAK HERET MOTOR NIE...





 Nak di heret kemana tu Motor tu yop...Ke Balai Polis ke..
Teringat LB zaman bujang remaja dahulu.. Kena tahan dengan Polis Trafik pasal motor bunyi bising ekzosnya.. terpaksalah kena heret motor tu ke Balai Polis....Ini apa sudah jadi ni pasal 20 sen pon nak heret motor.. Kalau motor kapcai (LB ambil contoh motor kapcai kerana yang akan ikut serta dalam protes heret nie kebanyakannya motor kapcai, Kalau motor besar seperti Harley atau motor berkuasa kudanya tinggi berapa jauhlah dapat  tuan punya motor besar tu boleh heret...hahaha)  berapalah sangat minyaknya sebulan.. Sebagai contoh nya.

Sebelum Minyak naik 3 liter sehari = RM 5.70 x 30 = RM170 sebulan
Selepas Minyak naik 3 liter sehari =  RM 6.30 x 30 = RM 189 sebulan
Perbezaan nya RM 19.00 sebulan.
Kalau di bahagikan dengan 30 hari = RM 19.00 / 30 = 63sen sehari
Baru naik 63 sen sehari untuk minyak motor sebulan pon kita dah bising.
Beli rokok sehari 2 atau 3 kotak boleh pulakkan..
Pelikkan.. 

P/S :Lepas nie kita tolak kereta dan lori pulak lah...pasal minyak naik.. hahahahah..

Kesakitan yang ditanggung oleh Golongan Kelas Pertengahan....

Highlight - Middle-class pain

MAHKAMAH BELUM BUAT KEPUTUSAN , KALIMAH ALLAH DAH DIGUNA NGO KRISTIAN !


Gambar tertera " Allah Bangkit " ini bukannya  dari  Indonesia tetapi sudah bertapak di Semenanjung Malaysia walaupun keputusan Mahkamah hari ini telah menangguhkan untuk membuat  keputusan .

Betapa biadap  & agresifnya   gerakan Kristianisasi ini  sedang bergerak dan mereka kini sudah mengguna secara haram  kalimah suci hak umat Islam di negara ini  .

Firman Allah swt, “sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali redha dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni Al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni Al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada ALLAH”
Al-Baqarah: 120


Gambar ini tersebar meluas di facebook  hari ini oleh pages  ANALISIS POLITIK TERKINI  yang mendedahkan sebuah NGO Penang Diocesan Migrant Ministry - DMM berpengkalan di P.Pinang telah menganjurkan satu program kursus di Teluk Intan dan menggunakan perkataan " Allah " secara haram .

Jika anda perhatikan banner  "Allah Maha Pengasih "  , apakah tidak akan akan timbul kesannya kepada umat Islam jika Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di negara ini ?



Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak cucu  kita akan   mengucapkan “La ila ha illalah – Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH”; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada ALLAH sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai ALLAH Maha Esa?Atau dia sedang merujuk kepada ALLAH Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari kristian – ALLAH Bapak, ALLAH Putera dan ALLAH Roh Kudus!

GPB mohon pihak berkuasa iaitu POLIS   menyiasat NGO ini kerana perbuatan mereka ini salah kerana Mahkamah Rayuan hari ini  belum membuat keputusan berhubung rayuan kerajaan  terhadap kebenaran yang diberi kepada Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan majalah mingguan Herald - The Catholic Weekly.








Individu daripada NGO yang menganjur kursus haram ini adalah macai tegar pembangkang
 yang cukup menyokong kuat Kalimah Allah digunakan Kristian 

Kalau banner tajuk kursus ini tertera Kursus Allah Roh Kudus , pasti  berpuluh laporan polis dibuat & kursus ini akan disiasat   pihak polis