Braveheart, H20, D Shahaniza dan blogger Semut Hitam
Saya bertuah kerana berpeluang bersemuka dengan pemimpin ini, DS
Hishamuddin Hussein dari dekat. Ramai menganggap bahawa beliau masih
sama, tetap tidak hiraukan cercaan yang dibuat oleh pelbagai pihak dalam
memberi persepsi buruk terhadap dirinya. Walau nampak sedih namun
beliau sangat yakin bahawa akan tetap terpilih diantara 3 Naib Presiden
dalam PAU nanti.
Masalah beliau hanyalah persepsi yang sudah diasaskan oleh pihak
pembangkang sejak sekian lama bagi melemahkan kerajaan. Pembangkang
sangat sedar bahawa mereka tidak akan mampu untuk menumbangkan kerajaan
melalui PRU, justeru itu mereka mencuba menghuru-harakan negara dengan
harapan akan berlaku rusuhan sebagaimana di Mesir.
Dalam PRU13 lalu, bukan sedikit cabaran yang diberikan pembangkang.
Mereka memfitnah itu ini termasuklah adanya pengundi hantu bahkan yang
didatangkan khas dari Bangla, namun akhirnya itu tidak langsung berlaku.
Demikian juga dengan fitnah bahawa berlakunya 'blackout' semasa
pengiraan undi, bagaimanapun calon pembangkang dimana kes berkenaan
didakwa berlaku telah tampil dengan beraninya menafikan kejadian itu.
Malangnya 'kita' samaada sebagai rakyat mahupun ahli UMNO sendiri masih
lemah dan gagal menangani persepsi.
Kekuatan kerajaan adalah dari UMNO sebagai parti tunjang kepada BN.
Sedar bahawa gagal menjatuhkan kerajaan dari luar, maka pembangkang
sejak dahulu lagi berusaha keras mencalarkan imej pemimpin negara.
Mengapa pembangkang berdiam diri semasa Pak Lah jadi PM? Bukankah kerana
mereka sedar bahawa lebih mudah menolak Pak Lah yang selalu lena tidur
dari pemimpin muda dan bertenaga seperti DS Najib? Kerana itulah tidak
henti-henti persepsi buruk mengenai DS Najib sendiri, menteri-menteri,
DS Rosmah, kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, agensi-agensi
kerajaan dicipta dan disebarkan.
Gandingan mantap antara DS Najib dengan DS Hishamuddin juga dilihat
sebagai cabaran kuat buat pembangkang. Hubungan akrab dan kekeluargaan
diantara mereka sangat dicemburui. Siapa lagi yang akan pertahankan DS
Najib sebagaimana yang mampu DS Hishamuddin mampu lakukan? Mungkin juga
DS Hishamuddin adalah orang yang sangat dipercayai oleh DS Najib sendiri
atas faktor kekeluargaan dan ini yang membuatkan pembangkang bahkan
dalam UMNO sendiri merasa cemburu terhadap DS Hishamuddin selama ini.
DS Hishamuddin naik bukan kerana menumpang nama sesiapa, tidak nama DS
Najib bahkan tidak juga nama keluarganya sendiri. Beliau bertatih dari
bawah dan melangkah setangga demi setangga dengan mengharung susah dan
payah. Cuma sebagai seorang pemimpin dari keturunan yang beradab, beliau
tidak membalas segala tohmahan yang ditujukan kepadanya. Sikap diam dan
membisunya itulah yang membuatkan pihak musuhnya sentiasa mencipta
persepsi dengan memburuk-burukkan beliau.
Siapa yang berani berada di zon perang yang dimaklumi berbahaya ketika
isu Lahad Datu sedang memuncak? Musuh yang merupakan pengganas yang
tidak sayangkan nyawa berada dimana-mana dan bersedia melakukan sebarang
tindakan yang tidak kita jangkakan sama sekali hanya kerana sebatang
rokok? Sebarang tindakan yang terpaksa beliau ambil adalah sungguh sukar
kerana sedikit kesilapan maka negara akan terlibat dalam kancah perang
yang akan disokong negara asing. Tindakan menjadi lebih sukar ketika
kita menghadapi suasana PRU yang segalanya sentiasa dan akan dijadikan
isu politik oleh pihak pembangkang. Apakah kita sedar ini semua? DS
Hishamuddin mesti mengambil pendekatan sebagaimana kata pepatah 'menarik
rambut dalam tepung'.
Ketika kebanyakan pemimpin pembangkang serta pemimpin UMNO sendiri
'kecut telor', namun Hishamuddin anak Hussein anak Onn Jaafar ini berani
kehadapan kerana tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
beliau mesti dipikul sebaik mungkin. Apa penghargaan yang kita berikan
kepada beliau yang berusaha menjamin keselamatan kita dan negara kita?
Lihatlah ke cermin ke dalam mata kita dan rasailah malunya kita yang
bukan sahaja tidak tahu menghargai pemimpin sepertinya bahkan turut
bersama musuh kita mencerca beliau.
Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau... namun berikanlah tempat
yang sebaiknya untuk benih ini bercambah menjadi pohon rimbun yang akan
jadi tempat berteduh rakyat jelata agar kita akan dapat bernauh satu
hari nanti. Saya tetap akan menyokong H20, Insyallah akan berjaya
pertahankan tempatnya didalam saf kepimpinan UMNO dalam PAU nanti.
No comments:
Post a Comment