TREND pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu
menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu enggan mengundi untuk
melakukan perubahan pada kedudukan teratas.
Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo
akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis
Tertinggi Sabtu ini.
Berasaskan kepada kecenderungan itu, pertandingan bagi Naib Presiden
yang menjadi tumpuhan pada kali ini ada kemungkinan besar bahawa
penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal
dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19
Oktober ini.
Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan
mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan
cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan
mereka.
Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang
besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini,
tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.

Pencabar bagi jawatan Naib Presiden (dari kiri), Tan Sri Mohd Isa Abdul
Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Pemeilihan pada 19 Oktober adalah dijangka trend yang sama akan berlaku
apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan
ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Para calon yang merupakan penyandang dan berkedudukan menteri/timbalan
menteri baik di peringkat persekutuan atau negeri akan mempunyai
kelebihan.
No comments:
Post a Comment