
Parti memerlukan barisan yang mantap bagi menghadapi PRU itu, atas sebab
pihak pembangkang sudah memberi isyarat, bahawa pemimpin lama mereka
seperti Anwar, Kit Siang, Hadi Awang, Nik Aziz bakal tidak mengetuai
lagi parti pembangkang, sebaliknya pemimpin muda mereka, seperti Nurul
Izzah, Rafizi Ramli, Tony Pua, Anthony Loke serta Lim Guan Eng.
Atas sebab itu, Umno perlu mempersiapkan diri agar tenaga muda berdepan
dengan tenaga muda. Umno tidak lagi bergayut dengan singa tua.
Para pemimpin muda yang bertanding jawatan terutama majlis tertinggi,
perlu dimenangkan agar supaya dapat mempersiapkan parti berdepan dengan
rakyat para PRU-14 nanti.
Tidak dapat disangkal, pihak pembangkang mentargetkan PRU-14 untuk
mendapat kuasa, selepas mereka mengasaskan tapak yang kuat pada PRU-12
dan 13.
Perlu dingat, pada PRU-13, Pembangkang menambah kerusi 7 berbanding pencapaian mereka pada PRU-12.
PRU-14 yang diwarnai ramai pengundi muda, yang diperkirakan mencapai 6
juta, dan pada masa itu, lebih separuh pengundi adalah anak-anak selepas
merdeka. Ada lajim, perasaan mereka, perlu juga didekati oleh anak-anak
selepas merdeka.
Calon-calon muda MT atau NP seperti Mukhriz Tun Dr Mahathir, Rahman
Dahalan, Tawiq Titingan, Razali Ibrahim, Nur Jazlan Mohammad, dan ramai
lagi, perlu diberi laluan membarisi kepimpinan barisan depan parti, bagi
tujuan mengimbangi kekuatan pembangkang.
Hakekatnya, parti perlu perubahan yang menyeluruh, agar supaya parti mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.
Pemimpin muda yang menawarkan diri, akan memberikan nafas baru kepada
parti. Atas sebab apa? mereka ini adalah pemimpin yang berintegriti,
mempunyai berketerampilan, berjiwa kebangsaan.
No comments:
Post a Comment