Khairy Jamaluddin merupakan calon terbaik untuk menjadi Ketua Pergerakan
UMNO Malaysia ketika ini. Selama tempoh satu penggal beliau menjadi
ketua pemuda tanpa sebarang jawatan di dalam barisan kabinet, beliau
telah berjaya untuk membawa pemuda ke satu tahap yang lebih tinggi.
Jika dahulu seperti mana yang kita ketahui tidak ramai pemimpin pemuda
yang sanggup berdepan dengan pembangkang untuk berlawan hujah, tapi
selepas Khairy memegang tampok kepimpinan pemuda terdapat ramai lagi
pemuda yang sedia untuk berhadapan dengan pembangkang bagi mematahkan
hujah mereka.
Pemuda UMNO bukan sahaja lagi dikenali sebagai golongan pendesak tetapi
sebagai golongan yang senantiasa mencari solusi bagi permasalahan yang
timbul. Pendekatan yang digunakan oleh Khairy Jamaluddin bukan
"political-based" tapi merupakan "social-based". Aku melihat Khairy
menganjurkan program untuk menyelesaikan masalah sosial yang berlaku.
Perjuangan pemuda harus lebih realistik dan sesuai dengan perubahan
masa. Anak muda pada hari ini tidak gemar berbicara tentang politik dan
aku melihat pendekatan "social-based' ini merupaka satu pendekatan yang
terbaik dan perlu diketengahkan.
BN Youth Job Fair merupakan contoh terbaik yang perlu dilihat kerana
program ini telah membantu ramai golongan penganggur untuk mencari
pekerjaan. Masalah pengangguran yang semakin meningkat telah membuatkan
Khairy menzahirkan program yang boleh membantu menyelesaikan masalah
pengangguran yang berlaku ini.
Perjuangan "hidup melayu" bukan untuk memastikan melayu itu hidup tetapi
untuk memastikan kelangsungan melayu itu dalam meneruskan kehidupan.
Dengan membantu melayu terutamanya golongan muda dapat terus hidup dalam
dunia yang semakin mencabar ini. Bukankah dengan mengadakan
program-program sebegini juga merupakan satu perjuangan untuk membela
bangsa melayu??
Pendekatan "social-based" ini bukan sahaja dapat membantu golongan muda
tetapi secara tidak langsung ianya mampu untuk menarik minat golongan
muda untuk bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional. Usaha yang
dilakukan oleh Khairy bukan usaha syok sendiri malah dibuktikan oleh
peningkatan jumlah pengundi muda semasa PRU-13 yang lepas dimana 54%
pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Jumlah pengundi muda melayu meningkat tetapi UMNO dan Barisan Nasional
masih lagi gagal untuk mendapatkan pengundi daripada golongan bukan
melayu. Khairy Jamaluddin pernah menyatakan hasratnya untuk memastika
jumlah pengundi melayu untuk UMNO/BN meningkat sehingga 70 peratus.
Namun begitu beliau memerluka lebih masa untuk berusaha mencapai
hasratnya itu.
Dari sudut kebajikan rakyat, sejak dari tahun 2008 selepas beliau
memenangi kerusi parlimen Rembau. Beliau telah memastikan kebajikan
penduduk di parlimen terjaga. Melawat ke kawasan-kawasan dalam parlimen
beliau merupakan satu rutin mingguan bagi memastikan kebajikan penduduk
dalam parlimen beliau sentiasa dijaga. Bukan seperti yang dilakukan oleh
kebanyakkan ahli parlimen hanya turun bertemu dengan penduduk bila
musim pilihanraya. Hasil daripada usaha yang istiqamah oleh Khairy telah
menampakkan hasil apabila PRU-13 beliau telah berjaya mendapatkan
mejoriti 18 000 iaitu lebih 2 kali ganda semasa tahun 2008.
No comments:
Post a Comment