Ketua Penerangan Wanita Umno pusat Datuk Hamidah Osman tewas dalam
pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian Gopeng pada
pemilihan peringkat bahagian.
Hamidah, yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang lagi calon Wan Razita Wan Razak ditewaskan Juliliyana Mohd Junid.
Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi.

Tahniah buat Juliliyana Mohd Junid.
Juliliyana Mohd Junid dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian
Gopeng yang baru selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Hamidah Osman
dengan majoriti tipis 20 undi dalam mesyuarat pemilihan sayap parti yang
berlangsung, Sabtu.
Juliliyana memperoleh 163 undi manakala Hamidah yang juga merupakan
bekas exco kanan Perak yang berkhidmat dengan Datuk Seri Zambry Abd
Kadir sejak 2009 hanya mendapat 143 undi.
Manakala seorang lagi calon yang bertanding, Wan Razita Wan Razak sekadar meraih 20 undi.
Seramai 328 perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gopeng mengundi dalam
mesyuarat perwakilan itu yang berlangsung di Pusat Latihan KEMAS, dekat
Gopeng.
Hamidah yang kini merupakan Pengerusi TEKUN memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng sejak 1996 lagi.
Sabtu depan, adik Hamidah, Hamizura pula akan menghadapi persaingan
empat penjuru dalam pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gopeng.
Dah kalah tu,terimalah...
ReplyDelete