Tuesday, October 29, 2013

Zed Zaidi pula hentam kenyataan jahat dan fitnah Abby Abadi..


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi menyelar kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang menuding jari kepada Umno sebagai punca golongan selebriti tempatan mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam ketika memberi ceramah di Kampung Dulang Kecil, Yan, Kedah Sabtu lalu.

“Soal agama adalah hak individu dan ia langsung tiada kena mengena dengan parti politik dan setiap umat Islam tidak kira sama ada mereka artis atau golongan biasa perlu tahu tanggungjawab kepada agama dan bukannya menuding jari kepada pihak lain.

“Politik tidak boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan ibadat ataupun tidak dan saya tidak faham mengapa politik disalahkan dalam konteks artis tidak mengamalkan ajaran agama Islam dalam ceramah yang dia sampaikan,” ujarnya..

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil turut mempertikai dan mempersoalkan perjuangan Abby dalam parti Pas yang dilihat tidak ikhlas selain menabur fitnah.“Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

“Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini? Abby hanya muncul dan lantang bersuara pada ceramah-ceramah untuk membantu pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam,

LARANGAN KORBAN DISEKOLAH: APAKATA KITA SELARASKAN SEMUA SEKALI... MAU TAK....



Buat pertama kalinya saya terpaksa akur dan menumpang setuju dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan Islam. Asas bantahan seorang individu bernama “Saravanan” bahawa sekolah bukan tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada penyembelihan haiwan.



Memikir “out of the box” (tidak seperti beberapa pemimpin politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan (dalam facebooknya):

"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.



"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali,"



Nah sekarang bagaimana?

Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan orang dewasa kepada “ritual” yang lebih menakut dan menyeramkan termasuklah menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA bagaimana? Kita larang juga?



Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan “ritual” antara berbeza agama dan fahaman dalam Negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk bersengketa dan bertekak dalam bab ini.

Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun lalu.



Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas dan melalui kampung-kampung Melayu. Kita terima dan hormati, tiada bantahan.

Begitu juga upacar-upacara “ritual” masyarakat Buddha dan bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya “Hungry Ghost Festival” ,acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar, menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan “ritual” berkenaan. Tiada pula bantahan yang didengar.



Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. Tidak ada lagi kita dengar bantahan dan protes.

Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi, asyik nak bertekak dan bersengketa   termasuklah dalam bab-bab yang telah diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita selaraskan semua sekali.



Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung “Christ” dihadkan di gereja sahaja, “Hungry Ghost Festival” pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?



Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa harus kita ganggu “status quo” amalan pelbagai agama dalam Negara kita. Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina Negara yang bersatu padu, aman dan muhibbah, bukankah baik begitu.

Anda bagaimana?

Respon Anne Ngasri terhadap kenyataan biadap Abby Abadi yang cuba memfitnah Umno!

Respon Anne Ngasri terhadap kenyataan biadap Abby Abadi yang cuba memfitnah Umno!

Pelakon Naszriah Ngasri memberitahu sepanjang terlibat sebagai Ketua Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dia tidak melihat parti komponen BN itu menyesatkan dunia hiburan sebaliknya parti itu sentiasa menegakkan syiar Islam dikalangan ahli-ahlinya.
Kata Anne, Umno juga sentiasa peka dan bersungguh-sungguh dalam menangani gejala maksiat yang bukan sahaja dalam bidang hiburan tetapi secara keseluruhan.
“Sebagai rakan artis saya menghormati kenyataan Abby dan menganggap itu kenyataan peribadinya sendiri. Pada saya dosa dan pahala tidak perlu dikaitkan dengan mana-mana parti dan ia mengenai diri masing-masing dan bukan ditentukan oleh orang lain.Amal ibadah, pahala dan dosa adalah tanggungjawab semua umat Islam dan bukan tanggungjawab parti secara khususnya,”
Tambah Anne sepanjang bergelar artis, dia belum pernah melihat pihak produksi melarang atau tidak membenarkan artis atau pun krew untuk bersolat.
“Pada waktu penggambaran kita memang ada waktu rehat sebelah tengah hari, petang dan malam cuma terpulanglah kepada artis itu mahu atau tidak untuk melakukan solat.Bagi saya hendak solat atau pun tidak solat itu bergantung kepada individu tersebut,”

Monday, October 28, 2013

KURANG AJAR!!! Awek Bertudung Yang Memalukan



BIADAP DAN MEMALUKAN!!!

Sungguhpun tidak suka dengan seseorang pemimpin atau berlainan aliran politik, tetapi tidak perlulah rasanya sampai begini cik adik Wawa Ghazali oii..

Yang Kerik Itu Kendi 
Yang Merah Itu Saga
Yang Baik Itu Budi
Yang Indah Itu Bahasa....

Apa komen korang?

Wednesday, October 23, 2013

Bekas Ketua Rahib Indonesia ... "KAMI SERU UMAT ISLAM MALAYSIA PERTAHAN KALIMAH ALLAH"


Dua pakar pengkaji agama yang juga bekas penganut agama Kristian Katolik Indonesia menggesa umat Islam di negara ini terus mempertahan kalimah Allah daripada digunakan penganut agama lain.

Pakar Kristologi dan pemerhati hubungan antara agama, Insan L. S. Mokoginta dan bekas Ketua Rahib Legio Maria, Atmajaya di Jakarta, Irena Handono turut mengingatkan kalimah Allah harus dilindungi demi menjaga kesucian Islam pada masa depan.

Menurut Insan, beliau bimbang ancaman itu yang disebarkan menerusi dakwah agama Kristian menggunakan media cetak mampu mengikis keimanan generasi muda Islam seterusnya mengajak mereka keluar daripada agama tersebut.


Sehubungan itu, beliau memuji tindakan tegas kerajaan Malaysia menghalang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan tersebut yang disifatkan beliau perlu dicontohi kerajaan Indonesia dalam menghalang kalimah berkenaan digunakan sesuka hati di negara itu.

"Penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana penerbitan mereka (Kristian) hanya 'pancingan' semata-mata untuk menunjukkan kepada umat Islam Allah itu sama dengan Jesus walhal hakikatnya agama Islam dan Kristian itu berbeza," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Seminar Kristologi, Penggunaan Nama Allah dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam di sini hari ini.

Seminar sehari anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Warisan Ibnu Aaby itu disertai kira-kira 250 orang daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Mufti negeri, Persatuan Tionghua Muslim Melaka serta penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Kolej Islam Klang.

Yang turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, Timbalan Mufti Negeri Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengerusi Warisan Ibnu Aaby, Datuk Mohamad Din Yusoh.


Insan yang sebelum ini merupakan penganut agama Kristian Roman Katolik dan berasal dari Kotamobagu, Sulawesi Utara sudah menghasilkan lebih 40 buku berkaitan kristologi, perbandingan kitab Bible dan al-Quran serta berkaitan dakwah.

Sementara itu, Irena berkata, penggunaan kalimah Allah yang bebas dalam media cetak di Indonesia menyebabkan pemikiran umat Islam di negara tersebut keliru sehingga akhirnya terpesong daripada akidah Islam sebenar.

Beliau turut mengambil contoh tawaran pendidikan bagi mendalami Islam di Surabaya yang menggunakan kalimah Allah serta ayat-ayat suci al-Quran dalam risalah mereka yang akhirnya didapati dianjurkan pertubuhan agama Kristian.
 

Saturday, October 19, 2013

Naib Presiden Umno: Calon Akan Terpilih?

MENEJELANG pemilihan hari ini, hanya Negeri JOHOR cenderung mempertahankan STATUS QUO, ertinya para perwakilan negeri itu akan MENGUNDI penyandang- Zahid Hamidi-Hishamuddin Tun Hussein-Shafie Apdal.
Berasaskan electoral college Johor menyumbang 24 undi daripada 191 maksima yang bakal diperolehi oleh seseorang calon. 
Negeri-negeri yang mempunyai undi electoral tertinggi adalah Sabah-25, Johor-24 dan Perak-23. Jumlah tersebut merupakan 38 peratus daripada seluruh undi. 
Memandangkan calon-calon penyandang naib presiden secara kebetulan mewakili negeri-negeri tersebut; iaitu Shafie (Sabah), Hishamuddin (Johor) dan Zahid (Perak) apa kah kelebihan kepada mereka itu juga akan menyumbang kepada kemenangan mereka?
Sebelum dan selepas pendaftaran calon dan sehingga ke hari ini, walaupun ketiga-tiga calon tersebut menafikan bahawa mereka berkempen secara berkumpulan, namun kenyataannya tidaklah demikian. Mengikut kenyataan mereka, seperti "mereka lebih selesa bersama, lebih bersefahaman" "mendaftar sebagai calon bersama-sama" "mengadakan sidang akhbar bersama" adalah petunjuk bahawa mereka berkempen secara berkumpulan.
Kalau ya atau tidak mereka berkempen berkumpulan, namun yang jelas, mereka mempunyai kelebihan, seperti mana berlaku pada trend pengundian Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda pada Sabtu lepas.
Meskipun persepsi di kalangan media terutama media alternatif, bahawa salah seorang penyandang tersebut akan terkeluar daripada senerai, namun yang paling mengikat untuk menolak persepsi itu adalah pendirian para bahagian terutama Ketua bahagian atau para pemimpin negeri.
Ambil contoh Johor misalnya, para pemimpin negeri itu lebih gemar mempertahankan status quo, ertinya jika trend pengundian berlaku sebaliknya, ertinya wibawa pimpinan negeri boleh dipersoal. Demikian juga di bahagian-bahagian, jika Ketua Bahagian memberi gambaran bahawa bahagian tersebut cenderung kepada calon-calon tertentu, sekiranya perwakilan mengundi sebaliknya, maka kredibilti pemimpin bahagian juga boleh dipersoal.
Pendek kata, biasanya apa yang berlaku dalam pemilihan parti, selalunya aspirasi dan pilihan bahagian, cenderung akan dituruti oleh perwakilan.
Jika keadaan ini berlaku, maka bagi negeri Johor, tiga calon penyandang akan pasti mendapat 24 undi electoral college, manakala pesaing mereka akan mendapat kosong. Kalau keadaan ini berlaku, maka terlalu sukar bagi pesaing mereka mengejar undi tersebut, kerana dua negeri lain yang kebetulan juga negeri asal para penyandang, sudah tentu mereka mendapat undi electoral college daripada negeri masing-masing. Kalaulah ada "pact" antara mereka, ertinya sesama mereka masing-masing akan mendapat 25+24+23=72; dengan jumlah ini, mereka hanya perlu tambahan 24 electoral daripada neger-negeri lain. Baiklah, katakan bukan 100 peratus undi bakal diperolehi, 70 peratuspun, adalah sukar untuk menewaskan mereka.
Pesaing bagi kerusi Naib Presiden seperti Mukhriz, Ali dan Isa adalah bernasib baik, kerana Sabah yang mempunyai electoral college tertinggi, bersikap terbuka, namun melihat kepada sokongan kepada pegawai khas Shafie-Jamawi Jaafar dalam pertandingan Naib Ketua pemuda, 19 electoral college akan berpihak kepada Shafie, Hishamuddin dan Zahid daripada Sabah, ertinya peratusan telahpun melebihi 70 peratus. Kalau trend pengundian sayap dapat digunapakai sebagai kayu pengukur kepada sokongan kepada penyandang, maka dapat dipastikan bahawa kedudukan Naib Presiden akan mengekalkan STATUS QUO.
Analisis di atas hanya berasaskan persepsi dan di atas kertas. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal keputusan, kerana untuk mengetahui kecenderungan hampir 146,000 perwakilan adalah sukar sekali. Tetapi yang jelas, angka itu hanya merupakan angka, sebenarnya bagaimana ramainya perwakilan, trend pengundian akan sangat bergantung kepada pemimpin bahagian atau negeri. Adalah tidak lumrah bagai ahli parti untuk tidak ikut pendirian pemimpin bahagian atau negeri.
Justeru itu, Mukhriz, Ali dan Isa perlu "count out" undi electoral daripada Johor. Mereka hanya mengharap undi electoral daripada 167.
Sejauh mana kombinasi pilihan daripada 167 undi electoral itu menentukan kemenangan para calon? atau sejauh mana keputusan Negeri Johor dapat mempengaruhi keputusan? sama-sama kita tunggu.

Mesyuarat Perwakilan Bahagian & Pemilihan Bermula Pagi Ini

re_02_1 



KUALA LUMPUR: Mesyuarat perwakilan Umno bahagian dan pemilihan kepimpinan peringkat bahagian serta Majlis Tertinggi parti bermula serentak di 191 bahagian 8 pagi Sabtu.
Mesyuarat itu akan ditangguh kemudian bagi memberi laluan kepada proses pemilihan itu.
Ketika proses pengundian, setiap perwakilan akan diberi dua set kertas undi untuk memilih pemimpin mereka di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi.
Ini merupakan kali pertama anggota akar umbi diberi suara lebih besar dalam pemilihan Umno berikutan pindaan Perlembagaan parti pada 2009 ke arah menjadikan parti itu lebih telus, demokratik dan membasmi gejala politik wang.
Kira-kira 146,000 anggota akar umbi diberi hak menentukan pimpinan peringkat bahagian dan saf tertinggi kepimpinan parti itu berbanding sebelum ini hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.
Selepas selesai proses pengundian, perwakilan akan menyambung semula mesyuarat mereka sementara proses pengiraan undi dijalankan.
Bagi memenuhi carta Majlis Tertinggi, sebanyak 71 calon akan bertanding merebut 29 kerusi jawatan yang dipertandingkan iaitu Timbalan Pengerusi Tetap (tiga calon), Naib Presiden (enam) dan anggota Majlis Tertinggi (62).
Tumpuan hari ini pastinya kepada enam calon naib presiden iaitu tiga penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal yang akan berdepan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Jawatan presiden dan timbalan presiden sebelum ini diisytihar menang tanpa bertanding apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing tidak dicabar pada pemilihan kali ini.
Jawatan Pengerusi Tetap yang disandang Tan Sri Badruddin Amiruldin juga telah diumum menang tanpa bertanding. – BERNAMA

Friday, October 18, 2013

SI TIPAH KOYAK BENGKAK KENA TENYEH DENGAN HARUN DIN!!!


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Sehubungan itu beliau yang kini berada di Mekah meminta semua umat Islam mempertahankan kalimah suci itu daripada dirosakkan oleh kumpulan tertentu dan dalam masa sama, menjadikannya asas kukuh di dalam kehidupan.

Beliau berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya ketika dihubungi.

Haron mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu yang tidak membenarkan mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Dalam perkembangan sama, Haron meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan.

''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.

''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya.

KEDUDUKAN HISHAMMUDDIN HUSSEIN DALAM SAINGAN NAIB PRESIDEN UMNO !

MiM tertarik dengan satu laporan tentang DS Hishammuddin Hussein, penyandang Naib Presiden UMNO. MiM telah mengikuti 2 program penerangan Menteri Pertahanan ini yang menjelaskan tentang beberapa isu yang dikaitkan dengan beliau.



MiM akui penjelasan Hishammuddin Hussein di program-program tersebut telah diterima baik oleh orang ramai yang hadir. 

Sebagai salah seorang yang berada di bawah kepimpinan beliau sebelum ini di dalam Pemuda UMNO Malaysia, Hishammuddin Hussein merupakan seorang pemimpin yang banyak membantu MiM di dalam Klinik Kesihatan Bergerak, satu program kebajikan yang turun ke padang mendekati rakyat. Begitu juga dengan YB Khairy Jamaluddin.

Dan apabila Khairy Jamaluddin menang besar sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, maka timbul berita tentang sokongan beliau dan Pemuda UMNO kepada Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Berita ini tidak ada salahnya, sama seperti berita tentang sokongan Wanita UMNO Malaysia kepada penyandang Naib Presiden UMNO itu. 

Dan di sepanjang penglibatan MiM di dalam politik, MiM telah berkesempatan untuk mengenali Hishammuddin Hussein dari dekat. Begitu juga dengan DS Zahid Hamidi dan Dato' Mukhriz Mahathir. DS Ali Rustam pernah datang merasmikan mesyuarat agung bahagian MiM sebelum ini.

Tetapi MiM tidak berkesempatan untuk berjumpa dan mengenali DS Shafie Apdal dan TS Isa Samad dari dekat kecuali daripada laporan media tentang mereka. Maka, agar sukar untuk MiM menilai mereka berdua seperti yang MiM lakukan terhadap 4 calon Naib Presiden UMNO yang lain.

Bagaimana pun, keterbukaan parti UMNO di dalam pemilihan pemimpin UMNO kali ini memerlukan MiM dan perwakilan UMNO yang lain untuk bersikap terbuka dan memilih yang terbaik di antara 6 calon Naib Presiden UMNO.

Fokusnya ialah untuk menyediakan parti UMNO yang lebih mantap dan siapsiaga untuk berdepan dengan PRU14.

Apa pun, MiM berharap agar 19hb Oktober ini akan menyaksikan pemilihan UMNO yang lancar dan tertib. Janganlah kita bagi 'peluru' atau 'bola tanggung' kepada pembangkang yang akan menggunakan sebarang floss dalam pemilihan UMNO kali ini.
Anda baca di bawah :
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului senarai saingan merebut tiga jawatan Naib Presiden Umno pada Sabtu. 
Hishammuddin yang turut bertanding untuk mempertahankan jawatannya berkata, lima lagi calon lain mempunyai peluang seimbang untuk mengisi baki dua kerusi untuk jawatan itu. 
"Tiada siapa boleh meramal bagaimana 146,500 perwakilan akan membuat keputusan kerana ia sistem pemilihan yang baharu," katanya merujuk kepada sistem pengundian Umno yang menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah pengundi pada pemilihan kali ini. 
Pada pemilihan Umno sebelum ini, hanya kira-kira 2,500 perwakilan layak untuk mengundi kepimpinan tertinggi parti itu. 
Selain Zahid dan Hishammuddin, calon lain yang turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan itu adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. 
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau telah bekerja keras untuk membersihkan persepsi negatif mengenai dirinya terutamanya di laman media sosial mengenai peranan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. 
"Saya menjelaskan kepada seramai ahli Umno yang boleh ketika bertemu mereka. Ia amat memenatkan tetapi hati saya jelas," katanya kepada The Star. 
Mengenai dakwaan beliau tidak tegas ketika insiden pencerobohan di Lahad Datu, Hishammuddin berkata, ramai tidak menyedari penceroboh sebenarnya mensasarkan Semporna, satu daerah di pesisir pantai Sabah di mana enam anggota polis terbunuh. 
Beliau berkata pihak berkuasa bertindak dengan lebih berhati-hati kerana 27 lagi anggota polis terperangkap di dalam perkampungan itu dan persediaan yang rumit telah dibuat sebelum pihak berkuasa boleh memasuki kawasan itu. 
Hishammuddin turut menyangkal dakwaan bahawa beliau lemah dalam menangani Bersih, pekerja asing tanpa izin dan kegiatan jenayah. 
Hishammuddin berkata beliau berasa lebih selesa untuk memulakan kempennya selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. 
Ketika ditanya mengenai peluang untuk menang, beliau berkata segalanya terletak di tangan semua perwakilan. 
Hishammuddin berkata perwakilan perlu menyedari kesetiaannya terhadap parti dan bagaimana beliau menerajui sayap Pergerakan Pemuda susulan keadaan huru-hara pada 1998 di mana separuh daripada kepimpinan pergerakan itu meninggalkan parti ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan. 
Beliau menerajui Pemuda Umno sejak itu dan memegang jawatan tersebut selama tiga penggal sebelum memenangi jawatan Naib Presiden pada 2009 - seterusnya

-SUMBER

Sebab-Sebab @HishammuddinH2O terus Kekal Naib Presiden UMNO




Setelah bersembang berpanjang lebar dengan sahabat-sahabat #PBR. kami banyak menyentuh mengenai perihal calon-calon yang bakal mewarnai jawatan  Naib Presiden UMNO untuk penggal kali ini 2013-2018.

untuk kali ini, #PBR  akan mengemukakan  Sebab musibab kenapa @HishammuddinH2O Harus kekal mempertahankan jawatan beliau untuk kali ini. yang mana-mana para sahabat yang  tidak menyokong @hishammudinH2O jangan cepat melatah bro, ini hanyala pandangan peribadi #PBR semata-mata tiada kena mengena hidup ataupun mati.



Diantara sebabnya adalah :

                          1.FAKTOR KETURUNAN


Seseorang pemimpin itu ada asal usul keturuna pemimpin itu ada Baka kepimpinannya, darah kepimpinannya. Ada yang menjadi ada yang tak menjadi, ada yang berterusan dan ada yang tak berterusan. Semuanya ditentukan oleh Allah SWT
.
Kita tidak usah pergi jauh sangat, kita ambil contoh-contoh di dalam negara. Lim Kit Siang mempunyai Lim Guan Eng. Karpal Singh mempunyai Gobind Singh, Dato' Nik Aziz mempunyai Nik Amar, DS Anwar Ibrahim mempunyai Nurul Izzah, Tun Dr. Mahathir Mohamad memiliki Dato Mukhriz, dan banyak lagi.

Namun berlainan pula dengan  legasi DS Hishammuddin bukan setakat satu dua legasi. Tetapi  nampaknya DS Hishammuddin dari Tun Hussien dari Dato Onn dari Dato Jaafar dari Dato Abddullah dari Dato Jaafar dari Dato' Muhammad. DS Hishammuddin adalah legasi yang ketujuh.


2. TENANG & TIDAK TERBURU-BURU MEMBUAT KEPUTUSAN


Segala bentuk keputusan yang dilakukan oleh @HishammudinH2O adalah mempunyai final touch yang amat berkesan sama sekali , Sebab itulah DS Hishammuddin tidak terburu-buru, tidak menyergah, tidak mengherdik, tidak berkasar. Akhirnya #PBR akur mengani tindakkan @HishammudinH2O mengenai kes Lahad Datu, itupon setelah mendengar hujah @HishammuddinH2O di Politeknik SeberangJaya minggu lalu. sebab itu #PBR tekad untuk memberituahu teman-teman mengenai rasionalnya tindakkan beliau.

Pernahkah anda mendengar DS Hishammuddin turun di tengah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur dan menjadi "polis trafik" seketika, pernahkah anda melihat DS Hishammuddin membeli barang dapur di supermarket biasa, begitulah segelintir kisah-kisah dirinya yang menjadikan dirinya rakyat kepada rakyat.
Negara kita yang pelbagai ini, tidak boleh ditadbir oleh orang yang terburu-buru, keras dan menakutkan rakyat. Rakyat perlu selesa kepada kepimpinan.


3.PENGALAMAN DALAM PARTI


@HishammuddinH2O adalah dikalangan Naib Presiden yang termuda dan mempunyai pengalaman yang luas dalam sesi pemilihan yang lepas. Ketiga-tiga mereka ini telah  merencanakan trensformasi UMNO dengan begitu baik sekali dengan diantaranya mengenai sesi pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang membuka seluas mungkin peluang untuk perwakilan UMNO  untuk memilih

Semasa krisis politik dan krisis ekonomi di negara kita pada tahun 1997 dan 1998. DS Hishammuddin tidak pernah menyindir Tun Dr. Mahathir akan hal-hal Kronisme, Korupsi dan Kolusi konon (KKN). Ada pemimpin  yang naik ke pentas dan menghentam Tun Dr. Mahathir kerana terpedaya dengan arahan dan mimpi-mimpi DS Anwar ketika itu.

Sebaliknya, DS Hishammuddin muncul di tengah-tengah kegawatan dan kemelut di saat-saat Tun Dr. Mahathir memerlukan sokongan yang kuat. Ini adalah jasa dan sumbangan DS Hishammuddin yang sangat besar nilainya.Jika tidak, barangkali UMNO yang ada hari ini lain rupanya!

4.PENGALAMAN DALAM KERAJAAN


Tidak dinafikan bahawa DS Hishammuddin telah melalui beberapa kementerian dengan lancar dan penuh mahabbah.Dari Kementerian MITI (Setiausaha Parlimen) Kementerian Belia & Sukan, Timbalan Menteri Kementerian Perindustrian Utama, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri dan terbaru Kementerian Pertahanan di samping Kementerian Pengangkutan (memangku). DS Hishammuddin hanya perlu melalui satu dua Kementerian lagi untuk melengkapkan pengalamannya sebelum memimpin negara kita.

Saya menjangka, beliau kini perlu memimpin Kementerian Kewangan antara Kementerian kanan selepas Kementerian Pertahanan.

5. KEBIJAKSANAAN


Kita boleh membuat pelbagai interpretasi tentang kebijaksanaan. Jika anda melihat perjalanan politik DS Hishammuddin, beliau naik setangga demi setangga. Bermula sebagai perwakilan biasa di Bahagian Batu Pahat jika saya tidak silap (pertengahan 1993/95), menaiki tangga Pemuda dan Naib Presiden dengan cara yang halus dan telus.

Beliau tidak berebut, beliau tidak menyakiti hati Presiden Tun Dr. Mahathir, Pak Lah hinggalah kepada DS Najib Tun Razak. Beliau tidak menyindir kepimpinan dan paling penting beliau rela tidak "popular" asalkan rakyat dan negara ini hidup aman dan damai.


6. KEYAKINAN KEPIMPINAN TAHAP TERTINGGI

Kepimpinan @HishammuddinH2O boleh dilihat dengan kebolehan beliau memegang dua potfolio iatitu kementerian, iaitu Kementerian Pertahanan & Kementerian Pengankutan.
Di atas keyakinan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dahulu dengan melantik DS Hishammuddin ke pelbagai jawatan, begitu juga keyakinan yang ditunjukkan oleh Pak Lah. Jika anda tidak mahu mengira keyakinan yang diberikan oleh DS Najib Tun Razak tidak mengapa tetapi keyakinan Perdana Menteri memberikan tugas memangku Kementerian Pengangkutan sepatutnya kita semua fahami dengan mata hati yang terbuka.
DS Najib menang tanpa bertanding di sebalik desas-desus Ku Li akan lawanlah, TS Muhyiddin kononnya akan lawanlah tetapi semua itu adalah khobar-khobar angin belaka.
Adakah DS Najib memaksa anda memilih DS Hishammuddin? Tidak bukan, jawapannya ialah kita semua mahu mengekalkan "keamanan" dalam UMNO dengan mengekalkan apa-apa yang telah diyakini oleh kepimpinan utama negara kita.



7. KETENTUAN ALLAH S.W.T.


Sesungguhnya, Allah SWT yang meletakkan DS Hishammuddin mewarisi legasi kepimpinan negara ini sejak zaman datuk-datuk kepada DS Hishammuddin lagi.

Siapakah kita mahu menidakkan kuasa Allah SWT? Siapakah kita mahu menafikan takdir Allah SWT?
Siapakah kita mahu mempersoal lagi mempertikai apa yang Allah SWT telah aturkan kepada hamba-hambanya.
Allah SWT yang menjadikan DS Hishammuddin seorang yang tenang, tidak terburu-buru dan gemar memberikan nasihat kepada rakyatnya. Allah SWT yang memberikan hidayah kepadanya supaya berilah jalan, berilah peluang, berilah amaran dahulu, usahlah berkasar, usahlah berlaku kejam, usahlah menunjuk kesombongan. Semua itu Allah SWT yang memberi petunjuk dan hidayah! Maka, tiada keraguan lagi bukan.

Tapi ada yang mentafsirkan ianya sebagai amaran, ketahuilah label itu adalah agenda DAP, agenda musuh-musuh negara untuk membunuh karektor kepimpinan negara kita dengan meletakkan label-label seperti itu. Tun Dr. Mahathir dilabel  Maha Firaun, Pak Lah dilabel Mr. Flip Flop begitu juga DS Najib dilabel bermacam-macam, namun negara kita terus maju ke depan, rakyat terus maju ke hadapan. Di manakah di dalam negara kita ini ada kebuluran?

Walhal amaran itu sebenarnya adalah nasihat yang paling berhemah dan paling bertolak-ansur tahap tertinggi daripada DS Hishammuddin. Bukankah agama kita menyeru kepada nasihat-menasihati!


Thursday, October 17, 2013

MUFTI SAHKAN LATIPAH KOYAK DAH MURTAD????

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Katanya, kafir dan murtad seseorang itu "jatuh" sekiranya individu tersebut melakukan dalam keadaan sengaja dan waras.

"Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja," katanya yang dipetik Utusan.online.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

Dalam pada itu, Nooh berkata, mempertikaikan keputusan itu juga seolah-olah mempersoalkan apa yang termaktub dalam kitab suci al-Quran iaitu ALLAH hanya untuk orang Islam.

"Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.

"Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi," katanya lagi. ~ Sinar Harian

Wednesday, October 16, 2013

Hamidah Osman gagal pertahan jawatan Ketua Wanita Gopeng




Ketua Penerangan Wanita Umno pusat Datuk Hamidah Osman tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian Gopeng pada pemilihan peringkat bahagian.

Hamidah, yang turut bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang lagi calon Wan Razita Wan Razak ditewaskan Juliliyana Mohd Junid.

Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) itu memperoleh 143 undi, Juliliyana meraih 163 undi manakala Wan Razita mendapat 20 undi.

Tahniah buat Juliliyana Mohd Junid.

Juliliyana Mohd Junid dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng yang baru selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Hamidah Osman dengan majoriti tipis 20 undi dalam mesyuarat pemilihan sayap parti yang berlangsung, Sabtu.
Juliliyana memperoleh 163 undi manakala Hamidah yang juga merupakan bekas exco kanan Perak yang berkhidmat dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sejak 2009 hanya mendapat 143 undi.
Manakala seorang lagi calon yang bertanding, Wan Razita Wan Razak sekadar meraih 20 undi.
Seramai 328 perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gopeng mengundi dalam mesyuarat perwakilan itu yang berlangsung di Pusat Latihan KEMAS, dekat Gopeng.
Hamidah yang kini merupakan Pengerusi TEKUN memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng sejak 1996 lagi.
Sabtu depan, adik Hamidah, Hamizura pula akan menghadapi persaingan empat penjuru dalam pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gopeng.

Monday, October 14, 2013

Cayalah..... Dato Sri Hishammuddin



Pemilihan Umno: Ada Kecenderungan Mempertahankan Status Quo

TREND pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu enggan mengundi untuk melakukan perubahan pada kedudukan teratas.

Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.

Berasaskan kepada kecenderungan itu, pertandingan bagi Naib Presiden yang menjadi tumpuhan pada kali ini ada kemungkinan besar bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.

Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.


Pencabar bagi jawatan Naib Presiden (dari kiri), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pemeilihan pada 19 Oktober adalah dijangka trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Para calon yang merupakan penyandang dan berkedudukan menteri/timbalan menteri baik di peringkat persekutuan atau negeri akan mempunyai kelebihan.

Penyandang Naib Presiden Umno Mungkin Kekal



mt

Trend pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu enggan mengundi untuk melakukan perubahan pada kedudukan teratas.
Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.
Pemerhati politik percaya bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.
Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.
Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah ‘electoral College’ pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau menjangkakan trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Beliau berkata dua kategori calon akan mempunyai kelebihan Sabtu ini iaitu penyandang terutama dalam pertandingan untuk Naib Presiden serta dan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri, timbalan menteri dan Menteri Besar.
Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, akan dicabar oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kini memegang jawatan Pengerusi Felda manakala perkhidmatan selama 14 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka juga telah membuatkan mereka dikenali perwakilan akar umbi.
Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga menjadikannya antara calon berprofil tinggi.
“Mereka bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan yang memegang jawatan-jawatan kerajaan mendapat publisiti yang lebih hingga menjadikan mereka lebih terkenal berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan,” kata Shaharuddin.
Daripada 62 pemimpin yang bertanding untuk 25 kerusi Majlis Tertinggi, 17 daripada mereka memegang jawatan kanan sama ada sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, menteri atau timbalan menteri.
-mStar