Sekarang ni kalau ditanya Menteri mana paling hebat dalam barisan kabinet Najib jawapannya ialah Menteri Zahid Hamidi.
Kenapa Menteri Zahid hebat? Sebab Menteri Zahid anak jantan yang bertelur dan berani. Kau ada?
Menteri Zahid jaga portfolio sebagai Menteri KDN dengan sebaik mungkin.
Bukan setakat kementerian yang dijaga rapi tetapi agensi di bawah
kementerian turut dibawah pengawasannya. Kalau sesiapa yang rasa kail
panjang dan berani berumah di tepi pantai, silalah jolok sarang tebuan
Menteri Zahid. Pasti kena sengat!
Terbaru yang kena 'sengat' ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waythamoorthy yang mempersoalkan SOP polis. (entah macam mana mangkuk ni boleh jadi Timbalan Menteri, tidak pula kita ketahui).
Standard Timbalan Menteri ni mengingatkan Jebat pada seorang Timbalan
Menteri dulu yang sama taraf mangkuknya dengan P.Waythamoorthy. Anda
lupa pada Timbalan Menteri 'new politics' Shaifuddin Abdullah?
Bekas Timbalan Menteri new politics sibuk beli insurans dengan menyokong
tindakan si bebal Adam Adli tetapi Timbalan Menteri P.Wahthamorthy pula
seorang Timbalan Menteri yang mulut tidak ada insurans.
Adakah Timbalan Menteri Hindraf ini bercadang untuk mengubah SOP pasukan polis semasa mengambil tindakan?
Sukalah Jebat cadangkan pada Menteri Zahid Hamidi anak jantan supaya
menyerapkan Waythamoorthy ini ke dalam pasukan polis supaya beliau dapat
berdepan dengan gangster dengan lebih berhemah dan beretika.
Mungkin
Waythamoorthy akan dapat membuktikan kepada pihak polis bahawa setiap
kali berdepan dengan gangster dan sebelum mengambil tindakan hendaklah
dimulakan dengan memberi salam kepada gangster terlebih dahulu dan lebih
mulia sekiranya di dalam bulan Syawal ini pihak polis membawa ketupat
dan rendang untuk disajikan kepada para gangster..Hebat lu macha!!!
Jebat sedikitpun tidah pernah hairan kalau Waythamoorthy mempersoalkan
tindakan pihak polis tetapi Jebat lebih hairan bagaimana macha ni boleh
berada di dalam kabinet Tok Najib. Hanya Tok Najib boleh jawab persoalan
ini. New politics jugak?
Jebat tertarik dengan apa yang blogger Just Read nukilkan 'I don't want to say this but some of my friends are already saying it: "Once a Hindraf is always a Hindraf!"
Baca nukilan sahabat Just Read DI SINI
Baca nukilan sahabat Just Read DI SINI
Ada betulnya apa yang sahabat Just Read katakan dan apabila Menteri
Zahid menasihatkan Moorthy meletakkan jawatan maka tindakan itu
sebenarnya jauh lebih bijak daripada tindakan Tok Najib meletakkan P.
Waythamoorthy di dalam barisan kabinetnya.
Tok Najib jangan fikir dia mampu menukar manusia menjadi robot dan mampu
menukar orang yang suka berdemo kepada seorang timbalan menteri yang
bertanggungjawab dan faham dasar-dasar kerajaan.!!!
p/s: Jom cari punca nahas bas ekspress di Genting Highlands sehingga ke lubang cacing..Hebat Menteri yang sudah transform ni!!!
No comments:
Post a Comment