KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebelum ini UMNO bersama Barisan Nasional
(BN) seringkali dilemparkan tuduhan khususnya oleh pakatan pembangkang
kononnya gagal mengaplikasikan demokrasi sebenar dalam kepimpinan dan
pentadbiran parti.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas
pakatan pembangkang yang membuat tuduhan sedemikian dengan menerangkan
bahawa proses demokrasi yang dilaksanakan oleh UMNO adalah yang terbaik.
“Ini kerana kita diperingkat parti, rakyat yang memilih kepimpinan
kita. Pemimpin dipilih dari peringkat akar umbi, bermula dari peringkat
cawangan, termasuk wanita, pemuda dan puteri bagi menentukan Presiden,
Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan
juga jawatankuasa di peringkat bahagian termasuklah ketua wanita, ketua
pemuda, ketua puteri,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, semua jawatan di pilih diperingkat akar umbi dengan
ketua-ketua cawangan dan perwakilan cawangan turut serta dalam pemilihan
yang meletakkan ramai anggota parti terlibat secara langsung.
“Inilah proses dalam UMNO yang ditunjukkan itu membuktikan satu
pendemokrasian yang terbaik yang pernah ada di Malaysia sedangkan
parti-parti lain cakap banyak tentang demokrasi tetapi mereka sendiri
pun sebenarnya tidak demokratik.”
Tegasnya, pakatan pembangkang lebih banyak berbohong apabila berbicara soal demokrasi dalam kepimpinan.
“Mereka ini pembohong, mereka berkata mereka amalkan demokratik dan perjuangkan demokrasi tetapi pembohong.
“Kalau benar mereka perjuangkan demokrasi maka benarkanlah semua jawatan dipertandingkan.”
Dilaporkan, dalam PKR jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar Ibrahim
tidak dipertandingkan begitu juga dengan kedudukan Lim Kit Siang dalam
DAP dan juga Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.
“Mereka perlu pastikan apa yang ditimbulkan sebagaimana keahlian
tertutup, ahli yang hadir tidak boleh hadir dan sebagainya seperti
pertikaian yang wujud dalam DAP, pertikaian dalam PKR sehinggakan
berlaku insiden baling-baling kerusi dan juga sudah timbul pertikaian
dikalangan ahli Pas yang perlu mereka jawab.”
Tegas beliau lagi, sekalipun ada kritikan terhadap UMNO biarpun telah
pelbagai kebaikan dilaksana namun akhirnya UMNO terus mempertahankan
prinsip membuat kebaikan itu dengan rakyat terus memberi sokongan kepada
usaha-usaha tersebut.
“Kalau buat baik tentunya ada rintangan namun sekiranya kita berani
berdepan dengan cabaran maka insya-Allah kita akan berjaya.” - MediaUMNO
- SUMBER
No comments:
Post a Comment