Sempena bulan kemerdekaan dan Hari
Malaysia mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum
diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih
dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan
darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon,
pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh
Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum
dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin
Amerika Syarikat.
Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh
komunis? Yep pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh
letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi
kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk
kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup.
Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga
11 Mei 1977.


No comments:
Post a Comment