Peristiwa
Datuk Husam Musa tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan
sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS
sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah.
Menurut
veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah
satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.
"Oleh itu,
bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise
kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada
politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian
Insider.
Selepas
menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga
Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang
baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.
Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.
Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.
Wan Rahim
adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi
MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.
Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.
Peranan Wan
Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar
dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga
kini.
Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.
Sehubungan
itu, beliau meminta semua pihak membantu Husam untuk melaksanakan tugas
di peringkat nasional pula dan memberikan peluang untuk tokoh baru yang
sedang mentadbir Kelantan sekarang.
"Husam ini
sangat istimewa yang pernah dilahirkan oleh Kelantan. Dia adalah
material Perdana Menteri dari Kelantan," kata Wan Rahim yang memohon
Husam dibantu dan kerajaan negeri Kelantan distabilkan.
Beliau
bimbang ekoran pertelingkahan dan perbezaan pendapat berterusan di
Kelantan dan di kalangan PAS sendiri ekoran Husam tidak dilantik menjadi
Exco.
Ps:
Kiranya, bagi Veteran PAS tu, peristiwa Husam digugurkan dari senarai
Exco boleh dianggap sebagai 'Peristiwa Hitam' bagi PAS Kelantan.
Kiranya, satu Kelantan tu dah 'Rugi Besar' sebab buang orang macam Si Husam ni dari barisan kepimpinan mereka.
Walhal,
selama hari ini Si Husam tu bukannya ada bagi apa - apa sumbangan pun
kepada Negeri. Setakat merasmikan 'Batu Asas' ke buat apa!!! Mengabihkan
masa je!!!
No comments:
Post a Comment