Saturday, August 31, 2013

Masanya Untuk @PDRMsia Dan @Zahid_Hamidi Bertegas Terhadap @IshamRais

 
Kedaulatan negara sekali lagi cuba dicabar oleh lelaki bernama Hishamuddin Rais ini.

Lihat sahaja usaha yang dilakukannya dalam usaha menukarkan Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya semalam.

A SAMAD , ADAM ADLI TERKEDU SERTA KECUT PERUT APABILA LELAKI MENGAMOK DAN RAMPAS BENDERA SANG SAKA DI DATARAN MERDEKA .




Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang

Tu la lain kali kalau nak tunjuk hero biarlah bertempat..Korang masuk tempat semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara sambut kemerdekaan tau bukannya dalam himpunan sawan bodoh korang tu..


Ini baru sorang brader datang rampas bendera komunis korang dah terkedu tak terkata apa..Kalau semua rakyat Malaysia yang ada kat situ semalam alert macam brader ni.Mampos korang kena bedal...Tak per.Korang buat lagi lepas ni...Kalau nak tengok ramai lagi nak turun...  


P/S.. Kita dah Merdeka selama 56 tahun dah tapi ada yang tak tahu yang mana satu Bendera Malaysia..

Friday, August 30, 2013

MERDEKA : ULANG TAHUN KE-38 TUGU NEGARA PERNAH DIBOM KOMUNIS

Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat. 


Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh komunis? Yep pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977. 
 
 

Thursday, August 29, 2013

Larang Tanda Putera : DAP Takut Pada Kebenaran Dan Bayang-Bayang Sendiri

 

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengnalang tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini jelas menunjukkan sikap “double standard” mereka yang tidak beri ruang dan peluang kepada rakyat untuk menonton dan menilai filem yang diterbitkan mengenai sejarah negara.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, tindakan ini sekaligus menunjukkan DAP takut pada bayang-bayang sendiri, tidak professional dan tidak mendokong prinsip kebebasan bersuara yang mereka laung-laung selama ini.
Tokoh_Negara_Tanda_Putera_Malaysia
“DAP jelas takut pada kebenaran sedangkan filem Tanda Putera adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan merupakan ‘tribute’ kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang membangunkan Malaysia selama ini.
“Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu,” ujarnya yang juga Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.
Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan parti DAP.
“DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.
“Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.
“Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505 untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan Raya Umum, jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan DAP untuk mempertikai SPR,” tambahnya. -MediaUMNO

- SUMBER 

SEJARAH YANG TAK PATUT KITA LUPAKAN...GOLONGAN MUDA PATUT TONTON !!!!!!




MELAYU TIDAK LUPA..!!! Kekejaman Dan Kejahatan Yang Dilakukan Komunis





Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan pada 1930 atas arahan Komunis Antarabangsa (Comintern) telah melakukan revolusi bersenjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Perjuangan bersenjata mereka itu menyebabkan negara diisytiharkan darurat (1948-1960).

Bentuk penentangan yang dilakukan komunis melalui serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar telah mengorbankan banyak nyawa dan kecederaan serta kecacatan kekal di kalangan anggota keselamatan dan orang awam. Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Tidak sedikit penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang dialami rakyat akibat kekejaman komunis itu. Seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang (Manja Mohd. Ludin, 1990).

Sebenarnya terlalu banyak kekejaman dan kejahatan yang dilakukan komunis di tanah air kita yang membabitkan anggota keselamatan dan orang awam yang tidak berdosa. Di antaranya ialah:

* Pada 13 Disember 1948 pengganas komunis membakar bangunan anak-anak yatim di Serendah, Selangor membunuh seorang pengawas di rumah kebajikan itu.

* Pada 5 Julai 1949 pengganas komunis melemparkan sebutir bom ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan sarkas di Kampar, Perak. Empat orang terbunuh dan 46 orang cedera termasuk kanak-kanak dan wanita sedang mengandung.

* Pada 12 Ogos 1949 pengganas memasuki rumah para buruh di Ladang Jany, Selangor dan merompak wang tunai dan barang-barang kemas. Sebenarnya terlalu banyak tindakan komunis menceroboh, merompak dan membakar rumah pekerja.

* Pada 21 Sept 1949 pengganas komunis di daerah Plentong, Johor Bahru melemparkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ke dalam api yang sedang marak menyala. Komunis turut membunuh kaum keluarga kanak-kanak malang itu.

* Pada 4 Februari 1950 pengganas komunis membakar kampung di Simpang Tiga, Perak mengakibatkan 1,000 orang kehilangan rumah.

* Pada 23 Februari 1950 Komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, di Hulu Sungai Muar secara serangan hendap menyebabkan 25 jiwa terkorban (19 orang anggota polis, 2 orang isteri dan 2 anak anggota polis serta orang awam).

* Pada 27 Februari 1951 serangan bom tangan di panggung wayang Wah Lok, Sungai Siput mengakibatkan tiga orang mati dan 13 cedera.

* Pada 7 Oktober 1951 Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney mati ditembak dalam serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 ½, Jalan Kuala Kubu Bharu (Bukit Fraser).

* Pada 21 Februari 1952, sebuah kenderaan polis diserang hendap di kawasan Taiping, Perak. Lima anggota polis cedera parah.

* Pada 18 Oktober 1954, Balai Polis Chua Seng di Pontian, Johor musnah dibakar komunis. Empat anggota polis terkorban dan tujuh lagi cedera parah.

* Pada 9 Mac 1955, empat orang asli dibunuh oleh pengganas komunis di Sungai Landor, Ipoh.

* Pada 7 Jun 1974 komunis menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Kuala Lumpur.

* Pada 26 Ogos 1975 Tugu Negara dibom komunis. Kejadian pada jam 5 pagi itu telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung.

* Pada 13 November 1975, Komunis menembak mati Ketua Polis Negeri Perak Tan Sri Khoo Chong Kong di Ipoh.

Daripada kronologi peristiwa kedurjanaan komunis itu menunjukkan bahawa walaupun negara telah diberi kemerdekaan oleh British, tetapi mereka tetap melakukan onar di sekitar 1960an dan 1970an. Jika benar mereka berjuang untuk kemerdekaan, sepatutnya mereka memberhentikan segala kejahatan dan membubarkan perjuangan mereka.

Namun, oleh kerana mereka bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan komunis di negara ini maka mereka tetap meneruskan keganasan mereka.

Apa pun kita bersyukur kerana segala rancangan jahat mereka berjaya disekat oleh kerajaan dengan menggunakan Akta Darurat 1948. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989. Namun, Chin Peng (Ong Boon Hwa) dalam bukunya My Side Story tetap menyatakan kebanggaannya terhadap ideologi tersebut.

Yang menyedihkan kita ialah hari ini terdapat di kalangan pemimpin Pembangkang sendiri mula menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dengan mengangkat tokoh-tokoh yang berpakat atau menggabungkan perjuangannya dengan komunis sebagai hero. Sepatutnya analisis sejarah kita harus melihat perkara pokok yang lebih besar, iaitu impak perjuangan komunis terhadap tanah air sekiranya PKM berjaya dalam perjuangan bersenjata mereka.

Cuba kita bayang dan fikirkan seandainya perjuangan komunis di Tanah Melayu itu berjaya, maka kita sebenarnya akan dikuasai dan dijajah oleh ideologi komunis yang anti agama dan anti demokrasi. Saya yakin, keadaan yang serupa akan berlaku seperti mana yang berlaku di Russia selepas Revolusi Bolshevik. Aktivis -aktivis kiri Melayu yang mendukung atau berpakat dengan komunis itu pasti akan diperdayakan seperti mana komunis memperdayakan umat Islam di Russia.

Kesimpulan, perjuangan PKM bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana tujuan mereka adalah menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Orang Melayu dan bukan Melayu yang waras harus sedar bahawa ia pada hakikatnya merupakan satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali. 

 

Wednesday, August 28, 2013

PANASS !! PANAS !!! GUAN ENG HARAM FILEM TANDA PUTRA TAYANG DI P.PINANG !!

 


Kerajaan DAP Pulau Pinang mula tunjukan sifat rasis mereka dengan mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini.
Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada semua pemilik pawagam yang diberi lesen peniagaan oleh pihak berkuasa tempatan hari ini supaya tidak menayangkan filem Tanda Putra yang mendedahkan kejadian sebenar apa yang berlaku ketika tragedi berdarah 13 Mei.. Mungkin Guan Eng takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya parti Dap.. 


- SUMBER 

Pengamal Demokrasi Terbaik Adalah Antara Pembohongan Terbesar Pembangkang

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebelum ini UMNO bersama Barisan Nasional (BN) seringkali dilemparkan tuduhan khususnya oleh pakatan pembangkang kononnya gagal mengaplikasikan demokrasi sebenar dalam kepimpinan dan pentadbiran parti.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas pakatan pembangkang yang membuat tuduhan sedemikian dengan menerangkan bahawa proses demokrasi yang dilaksanakan oleh UMNO adalah yang terbaik.
“Ini kerana kita diperingkat parti, rakyat yang memilih kepimpinan kita. Pemimpin dipilih dari peringkat akar umbi, bermula dari peringkat cawangan, termasuk wanita, pemuda dan puteri bagi menentukan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan juga jawatankuasa di peringkat bahagian termasuklah ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri,” katanya kepada UMNO-Online.
Jelasnya, semua jawatan di pilih diperingkat akar umbi dengan ketua-ketua cawangan dan perwakilan cawangan turut serta dalam pemilihan yang meletakkan ramai anggota parti terlibat secara langsung.
“Inilah proses dalam UMNO yang ditunjukkan itu membuktikan satu pendemokrasian yang terbaik yang pernah ada di Malaysia sedangkan parti-parti lain cakap banyak tentang demokrasi tetapi mereka sendiri pun sebenarnya tidak demokratik.”
Tegasnya, pakatan pembangkang lebih banyak berbohong apabila berbicara soal demokrasi dalam kepimpinan.
“Mereka ini pembohong, mereka berkata mereka amalkan demokratik dan perjuangkan demokrasi tetapi pembohong.
“Kalau benar mereka perjuangkan demokrasi maka benarkanlah semua jawatan dipertandingkan.”
Dilaporkan, dalam PKR jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar Ibrahim tidak dipertandingkan begitu juga dengan kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP dan juga Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.
“Mereka perlu pastikan apa yang ditimbulkan sebagaimana keahlian tertutup, ahli yang hadir tidak boleh hadir dan sebagainya seperti pertikaian yang wujud dalam DAP, pertikaian dalam PKR sehinggakan berlaku insiden baling-baling kerusi dan juga sudah timbul pertikaian dikalangan ahli Pas yang perlu mereka jawab.”
Tegas beliau lagi, sekalipun ada kritikan terhadap UMNO biarpun telah pelbagai kebaikan dilaksana namun akhirnya UMNO terus mempertahankan prinsip membuat kebaikan itu dengan rakyat terus memberi sokongan kepada usaha-usaha tersebut.
“Kalau buat baik tentunya ada rintangan namun sekiranya kita berani berdepan dengan cabaran maka insya-Allah kita akan berjaya.” - MediaUMNO

- SUMBER 

Tuesday, August 27, 2013

KDN apa dah jadi ni ???

keliru aku....


APA DAH JADI DENGAN AIRASIA ????


PARA penumpang pesawat AirAsia tiba di LCCT Sepang selepas mengalami kelewatan selama lima jam semalam.





SEPANG – Beberapa pesawat AirAsia yang sepatutnya mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini semalam terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang ekoran kesesakan trafik udara di LCCT.
Ekoran itu, para penumpang penerbangan itu melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila penerbangan mereka tiba lewat daripada jadual.
Satu daripada penerbangan terlibat ialah dari Perth, Australia yang lewat lebih lima jam.
Penerbangan itu yang berlepas pukul 6.20 pagi dari Perth sepatutnya tiba pukul 12 tengah hari tetapi hanya dapat mendarat di LCCT pada pukul 5 petang selepas dilencongkan ke Subang. 

- SUMBER 


Peristiwa Datuk Husam Musa tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurut veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Oleh itu, bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Selepas menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.

Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.

Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.

Wan Rahim adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.

Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.

Peranan Wan Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga kini.

Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak membantu Husam untuk melaksanakan tugas di peringkat nasional pula dan memberikan peluang untuk tokoh baru yang sedang mentadbir Kelantan sekarang.

"Husam ini sangat istimewa yang pernah dilahirkan oleh Kelantan. Dia adalah material Perdana Menteri dari Kelantan," kata Wan Rahim yang memohon Husam dibantu dan kerajaan negeri Kelantan distabilkan.

Beliau bimbang ekoran pertelingkahan dan perbezaan pendapat berterusan di Kelantan dan di kalangan PAS sendiri ekoran Husam tidak dilantik menjadi Exco.

Ps: Kiranya, bagi Veteran PAS tu, peristiwa Husam digugurkan dari senarai Exco boleh dianggap sebagai 'Peristiwa Hitam' bagi PAS Kelantan.

Kiranya, satu Kelantan tu dah 'Rugi Besar' sebab buang orang macam Si Husam ni dari barisan kepimpinan mereka.

Walhal, selama hari ini Si Husam tu bukannya ada bagi apa - apa sumbangan pun kepada Negeri. Setakat merasmikan 'Batu Asas' ke buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
 

Amaran Untuk Calon MT!!!Yang Kalah Kerusi Tu Tepuk Dada Sendiri...

Pemimpin Umno yang memegang jawatan menteri dalam kabinet disaran tidak bertanding pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan bidang kuasa.

Naib Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Tengku Putra Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata, sudah tiba masanya Umno memberi peluang kepada pemimpin baru dan individu yang berjaya mempertahankan parti itu di kerusi masing-masing.

Adun Kempas itu juga berpendapat menteri tidak perlu bertanding kerana dikhuatiri mereka musykil suara mereka sebagai ahli MT atau pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Jadi, macam mana nak perjuangkan hak Melayu dan Islam, biarlah seseorang yang hanya duduk di MT sahaja.

"Inilah masanya untuk beri peluang kepada orang muda dan orang yang menang.  Saya sarankan agar yang kalah tepuk dada masing-masing," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong pemilihan calon berdasarkan merit dan tidak memandang kepada aspek kenegerian agar pemimpin yang dipilih benar-benar berwibawa untuk mendokong dasar perjuangan parti.

"Saya tidak gemar dengan cara kenegerian kerana kalau berdasarkan negeri saya bimbang ada pemimpin yang sudah diketahui gagal jalankan tanggungjawab.

"Malulah Umno kalau masih pilih pemimpin begitu, kita kena tunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya.

Selain itu katanya, beliau  turut menyokong dasar pemilihan baru yang dibuka kepada 150,000 ahli berbanding 2,600  sebelum ini.

Menurutnya, keterbukaan Umno pada pemilihan  kali ini menunjukkan parti ini  lebih demokratik.

"Ahli kita juga sudah matang untuk memilih siapa  pemimpin yang patut mereka  pilih," katanya.

HE : Yang dah tak relevan tu bawak2lah berundur...takkan nak tunggu bau taik lembu baru nak berundur...dah terlambat...kurangkan liabiliti dalam UMNO!



-SUMBER

Monday, August 26, 2013




Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Sekiranya mantan Ketua Menteri Melaka itu, menyertai kabinet, maka selepas 20 tahun, Melaka terwakili semula dalam kabinet.

Mohd Ali sebelum dilantik ke Barisan Kabinet Persekutuan, terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi kuota DUN Melaka.

Sebagai Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan, Mohd Ali bakal mengisi jawatan itu, kerana Menteri yang menjalankan tugas adalah Datuk Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan.
 

PANAS!!! @Azalina Bertanding #KetuaWanita Sahut Seruan @NajibRazak #TransformasiPolitik... Mantap!!!

 
 
DS Azalina BEKAS KETUA PUTERI yang juga AHLI PARLIMEN Pengerang sekarang ini menyuarakan hasratnya mengapa beliau benar-benar ingin bertanding jawatan ketua Wanita UMNO..orang kata keputusan Beliau melawan Kak Jat ibarat menongkah arus diair yang deras tetapi jujurnya bagi aku Kak Jat tak adalah kebal mana....

Kalau lihat balik sejarah Iron Lady pun pernah ditumpaskan Kak Jat yang ketika itu amat gah dan ramai pengaruh..ini politik..tak kisahlah 10 orang ketua bahagian mengumumkan hasrat sokong kak Jat tetapi undi akar umbi tak ada siapa yang tahu....

Kita lihat contohnya di Kedah, walaupun Dato Maznah telah terpekik terlolong menyuarakan Wanita Kedah menyokong Kak Jat 100% tapi realitinya Dato Maznah sendiri tahu...tak semua orang dia Pro Kak Jat...tak percaya?wait n see....itu di Kedah?di negeri lain?nanti dulu....belum panas enjin lagi....

Dato Seri Azalina merasakan dia amat bertanggungjawab bagi mentransformasikan agenda nasional yang dibawa oleh DS Najib Razak yang mana mahukan transformasi politik..fokus perjuangannya adalah akar umbi yang mana mahukan semua ahli Wanita bangkit daripada mimpi gelap selama ini....

Pengundi muda amat penting bagi menjamin kebolehupayaan BN mengekalkan kemenangan dengan bergaya pada PRU 14...Cina tidak boleh buat apa...kita lihat saja PRU 13..mereka sudah all out..tapi masih tak mencukupi untuk mengalahkan BN..

Azalina yan juga berlatar belakangkan PEGUAM tidak ada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Wanita....

Jika menang, DS Azalina yang pernah menggalas Ketua Puteri UMNO tidak akan meninggalkan Puteri bergerak sendiri...Beliau akan membawa bersama Wanita dan Puteri sebagai sebuah kesinambungan jentera yang lebih mantap...ini namanya orang yang bekerja!!!bukannya orang yang hanya meraih simpati ditawarkan perlbagai jawatan itu dan ini....

Orang ramai kata, DS Azalina ni tak kawin buat apa pilih dia?baik pilih Kak Jat...aku pun kelakar dengan pejuang-pejuang Kak Jat ni...Jawatan yang diinginkan adalah Ketua Wanita..bukannya Ketua Isteri UMNO...kalau jawatan Ketua Isteri UMNO dipertandingkan...aku sarankan Kak Jat tanding!!DIa lebih sesuai dengan jawatan ini kerana dia pandai jaga Suami..apa yang suami buat Isteri kena tahu..Isteri Mithalilah katakan....

HE : Kita selalu fikir.kenapa pembangkang ada peguam?UMNO tak ada ke?untuk pengetahuan yang tak tahu...DS Azalina adalah berlatarbelakangkan seorang Peguam....Berilah 100 orang ketua bahagian sekalipun yang katanya sokong Kak Jat..tapi kalau akar umbi tak sokong tak guna jugaks...hihi!


Kalau Azalina orang kenal kerana Bekas Ketua Puteri dan Peguam...
Kak Jat pulak orang akan ingat apa?hihi.....

Sunday, August 25, 2013

MUSYKIL!! Sejak Bila Hishamuddin Berani Bersuara? Sokong Zahid Isu Timbalan Menteri JPM!!

Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa P. Waythmoorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).


Hishammuddin bercakap kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 25 Ogos, 2013.


Menteri Pertahanan berkata, Waythmoorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras.

"Saya setuju dengan Datuk Zahid ... 101 peratus, kita anggota Kabinet bertanggungjawab bersama, tiada mana-mana pihak letakkan kepentingan politik melebihi pertimbangan politik kolektif," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

"Bersandarkan kepada emosi dalam melaksanakan sesuatu keadaan tidak melambangkan situasi dan emosi tidak menunjukkan kepimpinan yang waras," kata pemangku Menteri Pengangkutan itu tegas.

Ahmad Zahid semalam berkata pemimpin bekas Hindraf yang kini merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu harus melepaskan jawatannya sekira masih berfikiran umpama NGO apabila mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya semalam menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Waythamoorthy sebelum ini dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. - 25 Ogos, 2013.

Saturday, August 24, 2013

BARU JADI TIMB. MENTERI, PERANGAI TAK SEDAR DIRI! KAN DAH KENA SEDASSS! @Zahid_Hamidi @PDRMsia



Nampak masih ada pemimpin dalam Kerajaan yang masih dibuai mimpi indah sampai keluar air liur basi. Mereka masih lupa atau buat-buat lupa yang mereka ini sudah berada dalam pucuk pimpinan parti Kerajaan.

GR lihat ada pemimpin yang cuba tunjuk pandai pun ye jugak. Portfolio yang


dipertanggungjawabkan pada mereka ini tidak diambil peduli. Seperti boss lama Hindraf ni si P.Waytha Moorthy. Jangan ingat duduk di bawah JPM anda boleh nak buat apa saja. Nak tegur orang pun berpada-pada jangan sampai tak tahu etika kerja sesebuah organisasi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis.

Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan. "Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.

Mengenai status filem 'New Village' yang masih belum menerima sebarang keputusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), Ahmad Zahid berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada LPF.

Filem itu mengundang kontroversi umum apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan. -BERNAMA

GR pun musykil juga, pasal apa si Hindraf ni sibuk mempersoalkan kerja Polis. Adakah beliau ini tergolong dalam suku sakat gangster 02, 04 dan 08. Sibuk pertahankan penjenayah mungkin dia pun ada sedikit 'saham' kot dalam geng yang 'ada baju' ni.

GR setuju apa yang diperkatakan oleh Menteri KDN, DS Zahid Hamidi. Tegas dan berani....sebab penjenayah diaorang nie semua BUTA WARNA, buta kayu dan semuanya butalah senang cerita. Sokongan rakyat pada PDRM harus diberikan dengan lebih tinggi agar keselamatan kita semua akan terjamin.






GR kata: Jadi Menteri jangan otak macam budak sekolah yer!

Petikan Dari http://eddyjugaks.blogspot.com @ Gossip Rakyat

Seorang Anggota Malaysia Terkorban di Lubnan

Seorang anggota kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 5 Sarjan Rosdi Mohamad Zain maut dalam nahas kenderaan jenis Kembalik menakala dua lagi anggota masing-masing seorang pengiring dan pemandu cedera parah.

 

Mangsa yang cedera parah ialah pengiring Lans Koperal Mohamad Aizuwan dan pemandu Lans Koperal Nur Syahied.

Mengikut laporan awal Bernama, kenderaan Kembalik yang dinaiki mereka hilang kawalan dan jatuh di kawasan lereng bukit di Lubnan sejauh kira-kira 15 meter malam tadi waktu Malaysia.

Memetik laporan Kosmo Online, kejadian berlaku ketika proses pertukaran Kumpulan Force Protection (FP) Malcoy 9 Malaysia dari Kem Kawkaba ke Kem Tibnin.

Kenderaan jenis Kembalik yang dinaiki mereka yang ketika itu sedang menunda sebuah kenderaan perisai jenis Condor sebelum hilang kawalan dan jatuh ke lereng bukit kawasan itu.

Ketika kejadian konvoi berkenaan melibatkan 41 orang anggota dan lapan buah kenderaan tentera pelbagai jenis.

Bagaimanapun, tiada anggota berada di dalam kenderaan Condor yang ditunda pada ketika itu.

Kami sehingga kini masih menunggu maklumat terkini berkenaan kejadian itu dan berita lanjut akan menyusul.

Mynewshub.my

31 Ogos Bukan Sekadar Cuti Umum – Shamsul Anuar

LENGGONG, 23 Ogos – Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi tanggal 31 Ogos datang lagi. Hari yang mencatat sejarah, hari yang membawa erti kebebasan daripada belenggu penjajahan dan hari yang membawa erti bermulanya apa itu erti kemerdekaan.
bendera-hari-merdeka-malaysia-31-ogos-cuti-umum
Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tarikh 31 Ogos sebenarnya harus menjadi satu tarikh keramat yang dinanti oleh setiap rakyat negara ini dan bukannya sekadar hanya menganggap ianya sebagai satu hari cuti umum.
“Seharusnya tarikh ini menjadi tarikh keramat. Ibubapa pula perlu menyemai rasa cinta dan hormatkan negara kepada jiwa anak-anak agar anak-anak membesar menjadi seorang individu yang tahu menghargai betapa susahnya negara ini mencapai kemerdekaan.
“Segala apa yang dikecapi sekarang ini tidak mungkin akan menjadi realiti sekiranya generasi terdahulu tidak memperjuangkan dan menggadai nyawa untuk menuntut kemerdekaan. Apa yang dapat saya lihat sekarang ini, semangat kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini seakan luntur dan tidak menghargai nikmat yang mereka telah perolehi.
“Sebagai contoh kita ambil perhimpunan demi perhimpunan yang dilakukan oleh pembangkang. Penyokong pembangkang sanggup berhabis wang ringgit malah tidak memikirkan keselamatan diri sendiri hanya untuk berhimpun di perhimpunan haram walaupun ianya menyalahi undang-undang.
“Tetapi untuk meraikan hari merdeka, mereka terlalu berkira malah tidak menganggap ianya penting. Bagi mereka, ini mungkin tanggungjawab kerajaan bagi mereka ini program Barisan Nasional (BN). Sedangkan sambutan merdeka tidak ada kena mengena dengan parti politik dan ianya perlu diraikan bersama-sama tanpa membezakan fahaman politik, bangsa dan agama,’ ujanrnya kepada UMNO-Online.
Tambah Shamsul, semangat taksub dan ekstrem sayangkan parti politik sebegini harus turut sama ketika meraikan kedatangan tanggal 31 Ogos kerana hari tersebut adalah hari untuk memperingati perjuangan generasi terdahulu yang telah banyak berkorban.
“Sebagai rakyat yang cintakan negara dan keamanan, kita harus memiliki semangat patriotik yang tinggi. Lihatlah apa yang jadi di Mesir sekarang ini. Jadikanlah ianya sebagai contoh terbaik betapa kita ini sangat beruntung berada di bumi Malaysia.
“Sekiranya kita tidak mempertahankan negara kita dan terus berpecah belah hanya kerana berlainan fahaman politik maka tidak mustahil apa yang kita kecapi sekarang ini akan hilang. Oleh itu, hargailah negara Malaysia yang berdaulat ini.
Sudah sampai masanya semua rakyat negara ini mempunyai semangat yang kuat, jitu dan secara bersama menjadi benteng untuk mempertahankan kedaulatan negara,” ujarnya lagi.
Beliau turut melahirkan rasa kesal kepada sikap pembangkang yang seakan tidak mahu melihat negara ini terus aman damai dan makmur. Ini kerana setiap apa sahaja yang kerajaan lakukan akan terus dipertikaikan dan cuba mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan.
Sikap pembangkang sejak akhir-akhir ini yang sering mempertikaikan pihak keselamatan contohnya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ianya berkaitan dengan keselamatan negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Inilah yang saya kesalkan kerana sikap seperti ini boleh menyebabkan rakyat berpecah belah. saya harapkan sambutan kemerdekaan kali ini mampu menyerap semangat patriotik yang lebih tinggi di jiwa rakyat negara ini agar kita semua terus hidup dengan selesa di bumi bertuah ini,” ujarnya lagi. - MediaUMNO




Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.  Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.  DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.  Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO. 

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman.  Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini. 

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja.  Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain.  Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini. 

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.  Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka. 

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa? 

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.  Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.  Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.  Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin  berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja. 

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.  Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.  Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia. 

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei. 

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum. 

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum? 

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak?  Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun? 

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini. 

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.   Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.  Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei. 

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.  Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.  Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan.   Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan. 

Tetapi agak malang pemimpin Pas juga terlalu takutkan filem Tanda Putera kerana ini melibatkan 'abang besar' mereka iaitu Lim Kit Siang.

Hot!!! Fakta Yang Cuba Disembunyikan Oleh Gengster Kematian Rakan






Penang: 5 penjenayah tumpas setelah berbalas tembak dengan polis.

Tahniah kepada PDRM kerana sanggup mengambil risiko walaupun dihujani peluru dari pistol penjenayah seblm penjenayah mati ditembak.

YANG PELIKNYA:
DAP cuba jadi wira kepada kelima2 penjenayah ini dgn cara:
1. Suruh kaum india dan ahli keluarga penjahat yg mati berhimpun dan tunjuk tak puashati pada polis.
2. Mengajar/draf laporan polis mandakwa polis bertindak kejam.
3. Menyeru orang2 india keluar beramai2 ikut mayat penjenayah tersebut dan jadi kan mereka sebagai WIRA.
4. Menggesa ngo lain termasuk bar council/suhakam/hindraf kutuk polis.

FAKTA:
1. Yang mati tu penjenayah...so adakah ini ahli pd persatuan penjenayah terbesar di Malaysia yg sibuk2 simpati.
2. Yb rayes di penang yg ajar keluarga penjenayah buat repot polis tak puas hati. Dia ni siapa?? Ketua gengster ke 04 jugak ke or 36 or 08 india.
3. Polis lambat ambil tindakan bising tapi bila polis menyabung nyawa berbalas tembak tetiba tim menteri ketua hindraf/wakil2 rakyat Dap dan Pakatan muncul dengan gaya seorang hero utk tunjuk simpati pada penjenayah dan kata polis pula brutal.

APA NI!!!! INI MALAYSIA LA ...kita tak terima kongsi gelap di sini dan ahli politik yg dapat undi dari penjenayah dan pembunuh. 

SAMA2 LA BERGANDING BAHU DGN PASUKAN KESELAMATAN JAGA NEGARA. Bukan nya bela anjing kamu untuk gigit polis dan orang malaysia tak berdosa. 
AHLI POLITIK MACAM NI LA BAPAK SEGALA KEJAHATAN SEBENARNYA. 

fikir2 kan lan wahai rakyat MALAYSIA yg cinta keamanan tak kira la MELAYU/CINA/INDIA dan lain. 

Bantu lah PDRM utk menjaga keamanan kita!!!! -Sumber Inbox FB Anti Bersih

Friday, August 23, 2013

Siapa Bunuh Altantunya Dan Siapa Pula Liwat Saiful Bukhari??


Bila mahkamah Malaysia membebaskan dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, gua yakin mesti puak-puak Pakatan akan pertikaikan keputusan tersebut demi kepentingan politik gampang dorang.
Gua yakin puak-puak Pakatan termasuk pemimpin dorang akan kata Mahakamah tak telus dan Hakim Mahkamah dah dibayar oleh Najib untuk membebaskan kedua-dua suspek tersebut.
Walhal, pembebasan Koperal Sirul Azhar dan Inspektor Azilah Hadri dibuat berdasarkan faktor teknikal. Sama macam kes pembebasan Anwar Ibrahim akibat dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Jadi.., kalau puak-puak Pakatan boleh menerima keputusan Mahkamah untuk membebaskan Anwar yang dituduh meliwat Saiful Bukhari Azlan.., kenapa macai-macai tu nak meroyan pulak bila Mahkamah yang sama membuat keputusan untuk bebaskan Sirul dan Azilah?
Kalau nak bantah sangat keputusan Mahkamah dan tuduh Mahkamah tak telus, apa kata puak-puak khawarijj Pakatan semua menolak juga keputusan Hakim membebaskan Anwar diatas sebab teknikal dulu..
Soal siapa bunuh Altantuya, itu kita biar pihak berkuasa yang siasat.., apa yang nak kalut sangat kannn.. Saiful pun tak kalut bila peliwat dia terlepas dan dia dibiar tanpa pembelaan..
Dan kalau macai semua tak sabar sangat nak tunggu siasatan, apa kata korang semua pi jumpa bomoh siam untuk tengok dalam geluk jampi.. Confirm nampak sapa bunuh Altantuya tu..
Tapi bila pi jumpa bomoh siam tu, jangan lupa tengok sekali sapa yang sebenarnya liwat Saiful Bukhari yee.. Dan jangan pulak terkejut kalau memang muka Anwar yang keluar…
Bak kata Nujum Pak Belalang.., sapa yang tak percaya dengan geluk jampi.., pendek umurrrrr… Hahahahaha..
networkedblogs.com
 
 
Sekarang ni kalau ditanya Menteri mana paling hebat dalam barisan kabinet Najib jawapannya ialah Menteri Zahid Hamidi.
Kenapa Menteri Zahid hebat? Sebab Menteri Zahid anak jantan yang bertelur dan berani. Kau ada?
Menteri Zahid jaga portfolio sebagai Menteri KDN dengan sebaik mungkin. Bukan setakat kementerian yang dijaga rapi tetapi agensi di bawah kementerian turut dibawah pengawasannya. Kalau sesiapa yang rasa kail panjang dan berani berumah di tepi pantai, silalah jolok sarang tebuan Menteri Zahid. Pasti kena sengat!
Terbaru yang kena 'sengat' ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waythamoorthy yang mempersoalkan SOP polis. (entah macam mana mangkuk ni boleh jadi Timbalan Menteri, tidak pula kita ketahui).
Standard Timbalan Menteri ni mengingatkan Jebat pada seorang Timbalan Menteri dulu yang sama taraf mangkuknya dengan P.Waythamoorthy. Anda lupa pada Timbalan Menteri 'new politics' Shaifuddin Abdullah?
Bekas Timbalan Menteri new politics sibuk beli insurans dengan menyokong tindakan si bebal Adam Adli tetapi Timbalan Menteri P.Wahthamorthy pula seorang Timbalan Menteri yang mulut tidak ada insurans.
Adakah Timbalan Menteri Hindraf ini bercadang untuk mengubah SOP pasukan polis semasa mengambil tindakan?
Sukalah Jebat cadangkan pada Menteri Zahid Hamidi anak jantan supaya menyerapkan Waythamoorthy ini ke dalam pasukan polis supaya beliau dapat berdepan dengan gangster dengan lebih berhemah dan beretika.
Mungkin Waythamoorthy akan dapat membuktikan kepada pihak polis bahawa setiap kali berdepan dengan gangster dan sebelum mengambil tindakan hendaklah dimulakan dengan memberi salam kepada gangster terlebih dahulu dan lebih mulia sekiranya di dalam bulan Syawal ini pihak polis membawa ketupat dan rendang untuk disajikan kepada para gangster..Hebat lu macha!!!
 
Jebat sedikitpun tidah pernah hairan kalau Waythamoorthy mempersoalkan tindakan pihak polis tetapi Jebat lebih hairan bagaimana macha ni boleh berada di dalam kabinet Tok Najib. Hanya Tok Najib boleh jawab persoalan ini. New politics jugak?
 
Jebat tertarik dengan apa yang blogger Just Read nukilkan 'I don't want to say this but some of my friends are already saying it: "Once a Hindraf is always a Hindraf!"  

Baca nukilan sahabat Just Read DI SINI
 
Ada betulnya apa yang sahabat Just Read katakan dan apabila Menteri Zahid menasihatkan Moorthy meletakkan jawatan maka tindakan itu sebenarnya jauh lebih bijak daripada tindakan Tok Najib meletakkan P. Waythamoorthy di dalam barisan kabinetnya.
 
Tok Najib jangan fikir dia mampu menukar manusia menjadi robot dan mampu menukar orang yang suka berdemo kepada seorang timbalan menteri yang bertanggungjawab dan faham dasar-dasar kerajaan.!!!
 
p/s: Jom cari punca nahas bas ekspress di Genting Highlands sehingga ke lubang cacing..Hebat Menteri yang sudah transform ni!!!