Thursday, February 23, 2017

Isteri Curang Versi Nasihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Isteri merupakan pelengkap dalam kehidupan suami. Dia melengkapkan segala kekurangan yang ada di dalam rumahtangga. Isteri, bagi aku dia merupakan bahtera dan aku sebagai suami adalah pengemudinya. Isteri yang baik, isteri yang tak ganas, isteri yang sopan santun, isteri yang ada sayang giler-giler, isteri tak derhaka memang menjadi idaman suami. Namun tidak semua wanita mampu menjadi yang terbaik di mata suami. Kadang kala sifat dan perangai isteri pada pandangan masayarakat dah TIP TOP. Lain pula pandangan si suami.
isteri solehah idaman suami bukan isteri curang pilihan suami
Kenapa semua ini terjadi? Adakah ini berpunca daripada sikap dan salah didikan kita sebagai seorang suami? Ataupun ada insan ketiga yang cuba untuk psikologi fikiran kita?
Kebahgiaan berumahtangga tak susah untuk diwujudkan. Ibarat kata, nak membina memakan masa, nak merobohkan sekelip mata. Kita sebagai suami kadang-kadang tewas juga dengan ayat-ayat cinta si isteri. Kadang kala kita tewas juga dengan alasan yang diberikan oleh isteri. Aku setuju dengan kata-kata orang tua. Gaduh suami isteri masa muda remaja senang jer nak diselesaikan. Tapi bila dah tua, memang susah nak leraikan. Kadang-kadang ada betulnya juga. Pengalaman mendewasakan.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Aku suka dengan kata-kata keramat ni. Kata-kata ini sedikit sebanyak memberi panduan dalam melayari bahtera rumah tangga. Memang tidak dinafikan, pelbagai tanggapan negatif pada isteri berada dalam kotak fikiran kita. Cuma satu jer yang harus kita semat dalam hati. Semat dalam-dalam dan sedalam yang boleh. Allah itu Maha Adil. Setiap perkara yang kita lakukan akan disoal satu hari nanti. Dan manusia boleh merahsiakan sebesar-besar perkara dan sekecil-kecil perkara dengan manusia lain. Tapi dengan Allah, sekecil zarah pun kita tak boleh nak berahsia. Ingat tu.
Oleh sebab itu, dengan tersematnya kata-kata semangat ini, kita akan berada dalam zon selesa dan zon keceriaan setiap masa. Walaupun dibebani dengan pelbagai tanggapan negatif, namun ia bukanlah masalah besar lagi. Bagi suami-suami yang rasa isteri dia curang ke, isteri dia ada laki lain ke, korang tak yah layan sangat lah. Mainan perasaan jer tu. Mungkin korang semua, kurang kasih sayang dari isteri. Sebab tu korang rasa macam tu kan? Kan?
Ketika aku bekerja di sebuah syarikat mutinasional 12 tahun yang lalu teman wanita sepejabat yang sudah bergelar isteri tanpa segan silu mempunya kekasih gelap yang setiap hari berdating ketika lunch hour. Pasangan lunch hour ni mungkin rasa selamat dari dikesan oleh pasangan mereka kerana asmara dana mereka hanya waktu lunch hour sahaja. Tapi nasib isteri curang ni tak baik apabila aktivitinya dapat dikesan oleh suami dan terperangkap dengan jerat yang telah dipasang.

Sekali sekala, bawaklah isteri berbulan madu untuk kali ketiga ataupun kali keempat. Mana tahu dengan mewujudkan suasana romantik sepertimana satu ketika dahulu, kita mampu meleraikan segala tanggapan negatif pada isteri. Sayang seorang isteri tak sama dengan sayang seorang suami. Sayang suami ni kadang kala ada masa tak sepenuhnya juga. Tapi kalau isteri bila dah sayang tu, dia akan sayang giler-giler dengan suaminya. Itu bab sayang.
Tak semua yang aku sebutkan 100% betul. Manusia ni kan korang faham-faham lah. Rambut jer sama hitam tapi perangai lain-lain warna. Jadi buat suami yang dicurangi, sila jangan bersedih. Amalkan tips dibawah yer :-
  1. Teruskan berdoa dan berharap supaya dibuka pintu hati isteri menjadi insan yang soleh.
  2. Kalau tak tahan sangat, mengadu jer dekat Ayah. Ayah boleh tolong kasi nasihat dan idea yang power-power.
  3. Pulaukan isteri sampai isteri naik fed up.
  4. Jangan menceritakan keburukan isteri pada anak-anak. Sebaliknya berikan kata-kata kiasan sahaja.
  5. Cari dan tambah bini yang lebih baik perangainya.
  6. Sila tunjukkan kejantanan kita yang selama ini terpendam jauh di lubuk hati.
  7. Yakin dan percaya. Setiap dugaan ada hikmahnya.
  8. Bercerai? Sila fikirkan masa depan anak-anak sebelum buat keputusan melulu.
  9. Pergi ke satu penjuru, menangislah sepuas-puasnya.
  10. Berubah untuk jadi lebih baik dan jangan sesekali berputus asa menghadapi setiap dugaan yang diberikan.
  11. Lepas ni, sila letakkan kepercayaan sebanyak 1% sahaja pada isteri.
  12. Sila tambah dekat ruangan komen yer.
p/s : Sekadar celoteh buat tatapan suami yang dicurangi. Haha.

No comments:

Post a Comment