Ramai sedia maklum sebelum ini
hishamuddin telah di serang teruk oleh ramai orang di media massa kerana
di katakan sebagai seorang pemimpin UMNO yang sangat lembik. Saja aku
fikirkan sendirian mengapa hishamuddin telah di serang teruk hingga
sebegini rupa.
Bila aku kaji semula aku dapati
sebenarnya hishamuddin adalah seorang pemimpin UMNO yang sangat di
takuti oleh pembangkang. Biasalah bila musuh mula menggeruni seseorang
pemimpin mulalah pemimpin tersebut di serang sebegitu teruk.
Sayang sekali tidak ramai yang membela
hishamuddin sbelum ini, apa sebabnya aku tidak pasti, mungkin kerana
ramai yang tidak tahu apa jasa besar hishamuddin sebelum ini yang sangat
di takuti oleh pihak musuhnya.
Dari maklumat yang aku dapat sebenarnya
hishamuddin sebenarnya ada menyimpan rahsia besar seseorang pemimpin
dengan Anwar Ibrahim. Mungkin kerana takutnya mereka pada rahsia
tersebut maka mereka telah arahkan beberapa blogger untuk menyerang
hishamuddin hingga membuatkan rakyat malaysia percaya kononnya
hishamuddin ini seorang yang lembik.
Punca bermulanya hishamuddin di katakan
sebagai seorang pemimpin yang lembik apabila beliau mula memegang
jawatan Menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri suatu ketika sebelum
ini. Disebabkan hishamuddin kerap memberi amaran dan tidak mengambil
terus sesuatu tindakan bila terjadi sesuatu kejadian dan peristiwa telah
menyebabkan beliau adalah seorang Menteri yang amat lembik.
Ibarat menarik rambut dalam tepung, bagi
aku inilah sebenarnya tindakan yang hishamuddin selalu lakukan demi
memastikan keselamatan seluruh rakyat malaysia sentiasa terjamin.
Alhamdulillah negara Malaysia masih aman dan makmur hingga sekarang.
Bukan senang bagi seseorang pemimpin
untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Dalam Negeri kerana ia
melibatkan pelbagai cabaran, tambahan pula sewaktu hishamuddin memegang
jawatan Menteri KDN beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah besar
terutamanya dari pihak pembangkang yang semakin biadap dan kasar untuk
menghadapi pilihanraya ke 13.
Cuba kita lihat sewaktu Hishamuddin
memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan suatu ketika dahulu. Setiap
program yang beliau lakukan dan beliau hadiri memang akan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan tidak kira dimana sekali pun tempatnya.
Ini menunjukkan bahawasanya beliau memang di sukai oleh rakyat malaysia
tidak kira dari bangsa mana sekali pun. Program-program yang biasanya
beliau lakukan memang akan mendapat banyak manfaat untuk golongan muda
mahu pun golongan tua. Kita lihat pula waktu itu prestasi sukan negara
mencapai tahap yang membanggakan, jika tidak masakan seorang pemimpin
bijak pandai seperti Tun Mahathir boleh memilih dan meletakkan
hishamuddin sebagai Menteri Belia Dan Sukan pada waktu itu.
Selepas hishamuddin memegang jawatan
Menteri Belia Dan Sukan pula beliau mula di lantik menjadi Menteri
Pelajaran. Aku nampak di sebabkan jasa dan hasil kerja kuatnya ramai
kakitangan Awam mula mendapat kenaikan gaji yang tinggi dan pelbagai
lagi manfaat yang di nikmati oleh kakitangan awam hingga sekarang,
sesuai dengan wawasan 2020 yang mahukan rakyat malaysia berpendapatan
tinggi untuk masa hadapan.
Kemesraan hishamuddin bercampul gaul
tidak kira sesiapa sahaja memang telah membuatkan ramai orang suka pada
dirinya. Aku sendiri pernah di sapa oleh beliau pada suatu ketika dahulu
dan beliau yang dahulu bertanya khabar sihat diri aku. Bila
mengenangkan betapa baik budi pekertinya memang membuatkan aku musykil
dan terfikir mengapa beliau di serang teruk hingga sebegini.
Kalau nak di ceritakan tentang jasa
hishamuddin memang berlambak sangat la.. Mungkin aku akan keluarkan
lagi cerita tentang jasa hishamuddin ini untuk masa akan datang. Bukan
apa, bila aku fikirkan semula jika UMNO kehilangan pemimpin sebegini
amat rugilah jadinya. Jasa dan kesetiaannya pada Parti Keramat Melayu
ini tidak ada tandingnya.
Semoga hishamuddin akan terus berjuang demi melaksanakan wawasan 2020 untuk rakyat negara malaysia.
No comments:
Post a Comment