Friday, March 3, 2017

Pentingnya Hormat Pada Suami Selepas Berkahwin

Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit.
Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci.
Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa?
Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.
Beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk tunjukkan rasa hormat;
1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.
3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitive. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.
8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.
Sumber : Bercintaselepasnikah.my

Rintihan Suami Yang Tak Terucap (Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)


Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan
1. Tidak kisah dan pendiam
o Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
o Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan

2. Tidak boleh dipercayai
o Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
o Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
o Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
o Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
o Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
o Manjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
o Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki

5. Lelaki lemah
o Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
o Pada hakikatnya manusia memang lemah



Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri
1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
o Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
o Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
o Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
o Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
o Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
o Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
o Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
o Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
o Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

Sekian, semoga perkara-perkata diatas dapat memberi sedikit bimbingan buat insan yang bergelar isteri dan yang bakal bergelar isteri.

Bila Isteri Teringat Kekasih Lama

Pendapat 1;
Wanita mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, ia selalu memikirkannya, sibuk olehnya, dan berpaling dari suami dan pasangan hidupnya itu. Hal ini kadang-kadang mendorongnya melakukan hal-hal yang tidak dihalalkan syarak, mendorongnya melakukan hal yang lebih besar dan lebih berbahaya, iaitu berzina atau niat untuk berzina. Kalau tidakpun, maka ia akan menyebabkan kegoncangan hati dan jiwa, menegangkan urat saraf, dan mengeruhkan kehidupan suami isteri. Kelakuan-kelakuan seperti itu tidak ada kepentingan sama sekali melainkan kerana mengikuti keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu itu adalah sehodoh-hodoh ikutan yg disembah di muka bumi.

Namun demikian zina tetap merupakan dosa yang sangat besar dan amat buruk, lebih-lebih bagi lelaki yg telah beristeri dan wanita yang telah bersuami. Oleh sebab itu, hukumannya menurut syarak lebih berat daripada yang dilakukan oleh orang yang belum berkahwin. 

Dari seorang ulama moden berkata, pada suatu hari ia ditanya, apakah cinta itu halal atau haram ? Lalu ia memberikan jawapan yang tepat, 

“Cinta yang halal itu adalah halal, dan cinta yang haram itu adalah haram”

Jawapan ini tersebut bukan basa basi dan bukan pula mainan, tetapi merupakan penjelasan terhadap pernyataan (hadith) yang sangat popular, iaitu 

“yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas”

Meskipun di antaranya terdapat perkara-perkara yang mushyatabihath (samar) yang banyak orang tidak mengetahuinya.
Di antaranya perkara yang halal dan jelas itu ialah seorang suami mencintai isterinya dan isteri mencintai suaminya, atau lelaki yang mencintai wanita pinangannya dan wanita yang dipinang mencintai lelaki yang meminangnya

Di antara perkara haram yang jelas haramnya itu ialah seorang lelaki yang mencintai wanita bersuami, lalu hatinya sibuk memikirkannya yang hal ini dapat merosakkan kehidupan rumah tangganya, dan kadang-kadang menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami isteri. Walaupun tidak, akan menimbulkan kegoncangan dalam kehidupannya, menyibukkan fikirannya dan mengganggu perasaan dan hatinya serta menghilangkan ketenangan hidup berumahtangga. 

Pelaku kerosakan seperti itu termasuk dosa. Pelakunya di ancam Nabi keluar dari kelompoknya. Sabda baginda, 

“Bukan dari golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya”

Berbalik kepada masalah yang diajukan mengenai isteri yang mencintai lelaki lain. Sesungguhnya cinta mempunyai permulaan yang dapat dikuasai dan dikendalikan oleh orang mukallaf. Memandang, bercakap-cakap, menyampaikan salam, berkirim-kiriman surat atau menghantar sms dan berjumpa, semuanya merupakan hal-hal yg berada di dalam kemampuan seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya. Semua itu merupakan permulaan dan muqaddimah rasa cinta.

Jika hal ini dibiarkan begitu saja dan nafsunya tidak dipisah dari hawa (kemahuan buruknya) dan tidak dikendalikan dengan taqwa, maka ia akan makin berkubang dalam penyimpangannya dan tenggelam dalam urusannya. 

Al-Bushairi pernah mengatakan dalam salah satu syairnya:

Nafsu itu bagaikan anak kecil
bila engkau biarkan dia menuruti kemahuannya
dia akan menyusu meskipun sudah besar
tetapi jika engkau menghentikan
dia akan terpisah
palingkan hawa nafsu, jangan sampai menguasai
bila ia menguasai ia akan menjadikan engkau buta dan tuli

Apabila orang yang dilamun cinta itu telah sampai pada keadaan yang dia sudah tidak mampu mengendalikan nafsunya, maka sebenarnya dia sendirilah yang telah membawa dirinya kepada keadaan yang sulit dan memasukkannya dirinya ke dalam lorong yang sempit atas kemahuannya sendiri. Orang yang mencampakkan dirinya ke dalam api tidak mungkin dapat mencegah api yang akan membakar dirinya, dan tidak mungkin ia dapat menyuruh api menjadi dingin dengan mengatakan, 

“wahai api sejuklah engkau sebagaimana yang terjadi ke atas Nabi Ibrahim”. 

Ketika api membakar dirinya dan dia berteriak2 minta tolong dan usahanya itu tidak lagi berguna, maka sebenarnya dia sendirilah yang membakar dirinya, kerana dialah yang menyerahkan tubuhnya kepada api atas kehendaknya sendiri"

Ringkasnya, wanita yang telah bersuami wajib merasa cukup dengan suaminya dan redha kepadanya serta penuh cinta kepadanya. Kerana itu, janganlah ia melayangkan pandangannya kepada laki-laki lain, dan hendaklah ia menutup pintu rapat-rapat jangan sampai ada lubang tempat berhembusnya angin fitnah terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi dalam hal yang sensitif, hendaklah ia segera memadamkan bunga api sebelum ia membakar dan menghancurkan.

Maksudnya, jika dalam dirinya mulai tumbuh rasa suka atau cinta kepada orang lain, segeralah ia berusaha memeranginya dengan cara jangan berpandangan atau memandangnya, jangan bercakap-cakap, jauhkan segala sesuatu yang dapat menyalakan api cinta. Apabila ia tidak mampu memerangi perasaan hatinya, hendaklah ia menyembunyikannya dalam hati saja, dan bersabar atas cubaan itu, insya-Allah ia tidak terhalang mendapatkan pahala sebagai orang yang sabar dalam menghadapi cubaan

Begitu pula halnya lelaki yang mencintai seorang wanita tetapi tidak berhasil mengahwininya kerana wanita itu telah bersuami atau sebagai mahramnya disebabkan oleh hubungan nasab (keturunan), persemendaan (hubungan kekeluargaan kerana perkawinan) atau persusuan, maka hendaklah ia berjuang memerangi hawa nafsunya kerana Allah. Dalam hal ini Nabi SAW bersabda,

“Mujahir (orang yg berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH dan mujahid (pejuang) ialah orang yang memerangi hawa nafsunya”.

Pendapat 2;
Tanggungjawab isteri adalah mentaati suami selagi ianya tidak menyuruh kepada perkara-perkara maksiat. Justeru itu haram bagi seorang isteri bercinta dengan lelaki lain. Isteri tersebut hendaklah menumpukan tanggungjawab terhadap suami dan rumahtangganya. Elakkan daripada menjalin hubungan dengan bekas kekasih kerana perbuatan itu akan mengundang keruntuhan rumahtangga yang telah dibina. Jujur dan setialah kepada suami, kerana suami merupakan ketua dalam sesebuah keluarga.


Pendapat 3;
Bahagia itu tidak berbentuk tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya, sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.
Sebenarnya puan terperangkap dengan cinta masa dulu, kerana puan menyimpannya sebagai kenangan manis. Puan sedang bermimpi disiang hari.
Sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu puan tidak dinikahkan dengannya.
Jodoh pilihan Allah adalah suami sekarang, lelaki yang baik dan bertanggungjawab dan ada anak sedang membesar.
Adakah puan mahu melawan ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai anda. Adakah puan sanggup meninggalkan anak-anak hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi status isteri dan ibu.
Cermin diri, masa bercinta umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti buruk padahnya.
Percayalah, dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki kita cintai.
Suami yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita.
Saya nasihatkan jangan menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah anak-anak, sanggupkah puan meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.
Insaflah, tanya apa yang puan mahu sebenarnya, cinta yang puan kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam hati anda untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.
Terimalah jodoh yang ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak, sama ada di dunia dan di akhirat. Hati anda kosong dari perasaan rindu kepada Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan anda dari urat leher anda. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.
Belajar mengenali sayang Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.
Bersihkan diri dengan zikir dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan keadaan. Bayangkan ajal mendatangi puan dalam keadaan suami tidak mengampunkan anda dan anak tidak mendoakan puan, ke mana nak minta tolong.
Sesungguhnya seluruh langit dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan cuba menentang-Nya.
Allah tahu apa yang kamu ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa… jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.
Wassalam.
Pendapat 4;
Mungkin sesetengah orang yang mahu berkahwin, adalah dengan niat untuk memulakan kehidupan yang baru dan ingin melupakan kisah lama. Tapi apabila sudah berkahwin, kita masih teringat-ingatkan orang yang pernah kita sayang pada masa dulu, iaitu kekasih lama yang mungkin tidak ada jodoh untuk bersama.
Sebenarnya, di dalam hati kita ini ada dua unsur, iaitu rohani dan jasmani, zahir dan batin, dan hati dan jasad. Hati adalah satu perasaan yang amat sukar untuk dikawal. Dengan sebab itu jugalah kita kena kusyuk dalam bersembahyang walaupun hati ligat melencong ke tempat lain.

Ianya lumrah. Hati tidak mampu untuk menghalang perasaan kita untuk sayangkan seseorang.

Hati manusia memang sukar untuk dikawal berbanding hanya zahiriah yang mudah untuk dikawal. Walau apa pun yang berlaku, hanya hati adalah yang paling kuat dengan ingatan jika hati yang paling rapat antara satu sama lain.

Untuk melupakan satu demi satu benda dalam kehidupan yang telah kita lalui, mungkin susah. Jangan hanya pada kekasih lama, malah dengan kucing peliharaan yang sudah kita sayang bila mati dilanggar kenderaan, padahal hanya beberapa tahun sahaja hidup bersama dengan haiwan tersebut, adakah senang nak lupakan haiwan peliharaan yang kita pernah sayang? Cukup susah, dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk melupakannya.

Apatah lagi orang perempuan walau sudah pun berkahwin, dengan tiba-tiba teringat, ia tidaklah berdosa. Yang berdosa adalah SENGAJA diingat-ingatkan nya. Kalau teringat, berdoalah agar kita dapat menghilangkan perasaan yang mungkin mudah ke lembah curang.

Itu lah fitrah setiap manusia. bila sudah sayang, memang susah nak hilang rasa sayang. Sampai masa pasti akan hilang, mungkin makan tempoh yang agak lama.



*petikan serta rujukan daripada beberapa laman sesawang dan blog tempatan.

Skandal Cinta ! Suami dan Isteri Orang

"Statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  menunjukkan 3/4 kes penceraian di Malaysia berlaku akibat orang ketiga dan 80% daripada orang ketiga itu adalah rakan sekerja."

Memang teruk juga kan dan ianya bukan perkara baru. Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi, ianya salah kedua-dua pihak. Salah satu sebab suka berkongsi masalah rumahtangga dengan orang lain terutamanya dengan orang yang berlainan jantina, sangat bahaya, mula-mula just mendengar masalah, lepas tu jatuh hati pula.

"Ada lelaki sengaja buru isteri orang". Ini pun masalah besar juga. "Selain lebih menyeronokkan, mereka juga tidak perlu bertanggungjawab seandainya kekasih hati didapati hamil hasil hubungan gelap mereka kerana kedudukannya isteri orang."

Tanda-Tanda Suami Terlebih Sayang Isteri. Bahagia Atau Bahaya?

Dalam rumah tangga yang dibina, mesti ada salah seorang pasangan yang lebih mengalah walau apa pun situasi. Orang kata itu kerana sayang si dia. Tapi macam mana kalau rasa SAYANG itu dah terlebih sampai nampak menjengkelkan?
 
 
Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami”.
 
 
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
 
 
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
 
 
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
 
 
3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
 
 
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
 
 
5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
 
 
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
 
 
7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
 
 
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
 
 
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
 
 
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
 
 
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
 
 
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda....jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.

Monday, February 27, 2017

Panduan Solat Dhuha Beserta Doa Dan Bacaan Rumi

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Zohor. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naikBerikut dikongsikan cara-cara mengerjakan solat dhuha beserta doa dan bacaan dalam rumi. Moga ianya bermanfaat. Cara solat dhuha di bawah ini ada disertakan niat dalam rumi, surah-surah, bacaan dalam sujud terakhir, bacaan tasbih dan doa dhuha.

cara solat dhuha

CARA SOLAT DHUHA DAN DOA DALAM RUMI

Daripada Zaid bin Arqam RA bahawa ia telah melihat sekumpulan orang ramai melakukan sembahyang sunat Dhuha. Lalu ia berkata :
 Apakah mereka ini tidak mengetahui bahawa sembahyang Dhuha diwaktu lain adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda, sembahyang orang-orang yang bertaubat itu ialah ketika anak-anak unta yang tidur berasa panas dengan cahaya matahari (panas terik yang bersangatan).

Huraian Hadith

  1. Umat Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ketaatan terhadap perintah-perintah Allah.
  2. Amal ibadat yang dilaksanakan dengan kesungguhan dan keikhlasan akan membentuk jati diri muslim yang sejati.
  3. Sembahyang sunat Dhuha boleh dilakukan ketika naiknya matahari sehinggalah condongnya, tetapi afdhal sekiranya dilakukan ketika matahari betul-betul naik dan bersangatan panas.
  4. Hikmah disunatkan sembahyang Dhuha ketika matahari bersangatan panas, ialah untuk mengelakkan waktu yang diharamkan sembahyang, seperti terbitnya matahari.

PANDUAN DAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

1) Bilangan rakaat

  • Jumlah rakaat solat Dhuha paling minima adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu

  • Mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit). 
  • Solat dhuha boleh dikerjakan sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit) menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.
  • Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik.

3) Niat Solat Sunat Dhuha

niat solat dhuha rumi

Niat dalam Rumi : 

 Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala.

Maksudnya

 "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

4. Surah-Surah

Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

  • a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

    i.  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
    ii.  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
    iii.  Al-lail dan Al-Insyirah.

  • b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

    i.  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
    ii.  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).

5) Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

bacaan sujud dhuha

6) Bertasbih 10 kali selepas memberi salam

bacaan tasbih dhuha

7) Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
 “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

1. Amalan Bebentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. 

2. Rezeki

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari. Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari.Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Maksudnya:

 Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

3. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.  

4. Menghapuskan Dosa

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)


Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda: 
 “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Kesimpulan 

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu 

DOA DHUHA (Lirik Dan Maksud)



Moga artikel Panduan Cara Solat Sunat Dhuha Serta Doa ini bermanfaat kepada semua. Sebarang masalah atau kesalahan sila luahkan di ruangan komen di bawah ini.