AMAL Yunos, Ketua Umno Sungai Besar kata dia rasa terhina bila NGO yang mahu memberi bantuan bekalan air, datang ke rumahnya tapi hanya bawa sebotol air.
Menurut Jamal Jamban, itulah punca budak-budak upahan dia mengambil tindakan menyerang dan menyimbah Ratu Naga, salah seorang yang bersama NGO dengan air longkang dan air najis.
BACA — Samseng serang NGO hantar bantuan air ke rumah Jamal
"Sudah 5 hari tiada air di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam." katanya.
"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik, sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ni, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," tambahnya lagi.
Namun alasan Jamal untuk menyerang NGO itu sebenarnya satu penipuan terang-terangan. Sebaliknya kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang menghantar bantuan air ke rumah Jamal sebenarnya membawa satu tong biru air ke rumahnya.
Di bawah ini gambar satu tong air yang ditutup dan diikat kemas (untuk mengelakan air tumpah) dalam Hilux yang mahu menghantar bantuan ke rumah Jamal. Foto ini diambil dari facebook Ratu Naga
Jamal kata rumah dia sudah 4 hari tiada air, sepatutnya dia terima sajalah bantuan air yang dihantar, lagipun di Ampang, semua rumah orang lain ada air, hanya rumah Jamal sahaja yang mengadu tiada air, maka satu tong biru air rasanya cukuplah untuk Jamal nak mandi.
Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/ngo-bawa-air-sebotol-ke-rumah-jamal-tak.html#ixzz4TaB9X1zJ