Wednesday, October 22, 2014

Ustaz Kazim Jawab Isu Program Pegang Anjing Mendapat 8,107 Shares Di Facebook

Salam sejahtera.

Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. 

Hurmm satu kempen untuk mmbuang stigma bagi Orang Muslim dan khususnya orang Melayu kononnya. Siap bawa dalil kisah orang masuk syurga kerana bagi minum kepada anjing lagi.

Membela anjing untuk jaga kebun untuk jaga keselamatan rumah untuk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang, malah harus di dalam Islam. Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dan lain lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

Mana boleh saja-saja bela, saja-saja nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa? Nak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang pastu bela, pastu masuk dalam rumah, pastu? Pastu?

Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya. Selepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi, lepas tu melarat ke makan babi pula.

Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tak buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yang sebenarnya ke?

Inilah jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar menjadi fahaman liberal dan plural. Nanti akan ada yang kata kenapa ustaz bising isu anjing, kenapa tak bising isu memegang bukan mahram tak bertudung dan lain lain, yang itu pun berkali-kali dah saya tegur dan nasihat tetapi dalam bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dam menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pula. Selepas ini apa pula?

Jangan selepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang dah bersih dah diternak dalam aircond, dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus matahatinya utk meneliti. - Ustaz Kazim


MAIS DAKWA DISALAH INFO MENGENAI ACARA "I WANT TO TOUCH A DOG"

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangar (MAIS) hari ini mendakwa mereka telah mendapat informasi yang salah dari pengajur acara "I Want To Touch A Dog" mengenai objektif program tersebut.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Ali berkata MAIS difahamkan dari proposal acara itu akan memfokuskan kepada menyebarkan kesedaran tentang kedudukan anjing dan hukum-hakam berkaitannya menurut Islam.

"Proposal tersebut berkata, program ini akan merangkumi cara penyucian apabila seseorang tidak sengaja atau sengaja menyentuh anjing dalam keadaan yang berbeza.", katanya

"Antara objektif yang disenaraikan adalah untuk mewujudkan kesedaran terhadap anjing dalam Islam, cara-cara penyucian, mengenai hukum menyentuh anjing apabila seseorang itu menyelamatkan mereka daripada bahaya dan situasi yang berbeza yang lain, anjing sebagai haiwan belaan dalam Islam dan penggunaan tanah liat dan sabun."

"Setelah mengambil kira objektif tersebut, saya membincangkan perkara ini dengan mufti Selangor dan kami berdua bersetuju untuk membenarkan majlis itu berlangsung," katanya.

Mohamad Adzib berkata MAIS menyertakan beberapa panduan dalam surat kelulusan untuk acara tersebut, bertarikh 9 Oktober, di mana para peserta tidak dibenarkan menyentuh anjing.